Friday, November 14, 2014

hidup seorang student!

Assalamualaikum.
Hai..
apa aku nak merapu SS hari ni?!
okay. taknak habaq banyak la.
aku student, ada tempoh period yg akan rasa mcm arghhhhhh. stresssnyaaa! assignment melambak-lambak. siapa suruh buat last minute! hahaha. yg ni padan muka diri sendiri. aku boleh habaq la most yg bergelar student mesti punyalah jenis yg buat assignment last minutes. 'most' means tak semua. ada yg jenis teratur dan berjadual hidup dia memang bukan jenis macam tulah.
jenis aku yg last minute tu. hahaha. dah namanya student. awal sem macam bersemangat gila.

"sem ni aku taknak buat kerja last minute"
''sem ni aku nak fokus dalam kelas''
''sem ni aku nak dean list''
''sem ni aku nak jadi seorang pelajar yg berdisiplin''
-ayat skema kan!-
''sem ni aku nak kahwin''
- ehh. yg ni gatai merenyam sangat! haha :p -
 
banyak lagi ayat student yg bermula dengan perkataan 'sem ni........' di awal semester. 
haha. salah seorangnya aku lah tewww..
tapi tak semestinya yg orang jenis ni dia buat kerja tangkap muat je. buat kerja asal siap je. aku bukan cenggitu. bila kau buat kerja last minute ni kan, kau kena tanggung sendiri kurang waktu tidur and enjoy. sebab kau kena siapkan jugak benda alah tu tak kira apa pun. jenis aku, aku bukan senang puas hati dengan kerja aku buat. 

sometimes, kalau aku yg kena compile kan setiap bahagian yg dah dibahagikan, aku akan check balik semua kerja ahli group aku. cerewet eh? oh. memang! sebab aku taknak kerja yg tangkap muat. its good for me and my groupmates too sebab sometimes kita sendiri tak perasan 'typo' yg kita buat. so bila orang lain check kan, mesti akan perasan. betul tak? 
 
aku tahu saat dan ketika ini student kat UKM semua tengah kabut dengan assignment and test. hehe. bahagianya aku kan. sebab semester ni aku takde exam, test and assignment sebab praktikal. hahaha. bangganya kau. sem depan bakal jd hectic sem untuk aku -.-" sebab last semester sebelum graduate. pray for me uolss. :)

Thursday, November 13, 2014

Perempuan dan Online Shopping!

Assalamualaikum.

Hai aku tanya apa khabar? weeeeeeeeeeeeee~~
okay. hangpa dok buat apa tu? aku bosan baq ang!
rasanya sepanjang berpraktikal ni, aku banyak post entry. haha. padahal bukan ada sapa dok nak baca pun. saje nak 'SS' sebab aku rasa bila cerita kat blog mcm release something. hahaha. 
kau gelak sesorang. merapu sesorang. bukan ada sapa nak baca pun. hewhewhew.

siapa hat yg suka online shopping tu? angkat kaki! aku rasa OS ni mcm satu virus yg wujud dalam diri. dia jenis yg pantang nampak something cantik, pastu harga mampu milik. memang kau nak beli. lagi - lagi, memang kau ada buat online banking. ish ish ish. memang bahaya gituu. dia cam laju je nak tekan 'add to cart', isi form, bla bla bla... tup-tup, dia tulih 'successful'! haa. dalam sekelip mata ja account bank dah minus (-) 100, baki RM9XX. contoh contoh la aku bagi. masa tu baru rasa macam sedikit penyesalan. hahahaha. orang kata menyesal tiada gunanya.
kann?????!

Aku boleh kata dikategorikan ada virus ni sebanyak 50 percent. hahaa. 
aku akan OS kalau aku betul-betul nak beli something tu especially baju. sekarang memang macam-macam jenis OS yg jual itu ini. tapi beware lah! takut kena tipu. alhamdulillah setakat ni aku masih selamat dalam hal-hal macam tu. 
baru-baru ni aku ada beli handbag secara online. for the 1st time aku beli handbag through online. sebabnya web OS tu dia buat sale gila-gila. siapa tak gila tengok harga gila macam tu. haha. 
ni punca aku takde kerja kat office and boring ya amat, tangan aku gatal p buka blog, and tengok Namee Roslan ada update. aku dengan yakin tekan la blog dia and baca. aku memang suka baca blog orang instead aku yg berblog. haha. kak namee dia cerita pasal web tu. aku pun dengan teruja tekan link yg kak namee letak. jeng!!
terkezzzuttt iols. buka-buka web tu,ada tulis RM11. 90% off. perasaan ingin tahu tu membuak-buak lagi. almaklumlah, remaja memang perasaan nak tahu tu, terlalu kuat. (remaja sangat). hihihi
tak semena-mena aku pun tekan lah 'woman clothing' > 'woman bags'. sebab aku memang nak mencari handbag. handbag aku dah rosak. :( so, its not kehendak la kan. one of keperluan jugak la kan? walaupun kehendak tu ada sesikit. sikit je. hahaha.
oh ya. ni link website tu http://www.nile.com.my/  .Mesti ramai dah tahu pasal website ni. aku je yg baru tahu. hahaha. noob gila rasa -.-"abaikan la ke 'noob' an aku. 
sempena 11 November 2014 diorang buat sale ada certain barang berharga RM11.00. and barang-barang lain diberi diskaun sebanyak 90%.  so, aku rasa rugi kalau tak beli. makanya aku beli jugak selepas buat timbang tara dari pelbagai sudut. 

aku telah berjaya dapat handbag yg aku beli dr nile.com.my hari ni. simple je untuk bawa p kelas pun boleh. muat file ka buku ka. murahh. RM13.90.
perempuan dengan handbag besar normal dah sekarang sebab boleh letak macam-macam. telekung ka, ipad,galaxy tab,iphone 6, botol susu anak, barang mekap ke. all in one. hahaha