Monday, December 31, 2012

pelaminn angan2 mak jening!:p

Assalamualaikum u olls.. for a long long time,this blog tak bertouch up. (korang kesah ape touch up ke idok) bukan ada sapa pon nak baca blog engkau ni(pang sekali kat pipi kau tu ninie)-..-" aku saja nak ngarut2 sebab mood study aku melayang entah ke mana .. sapa yang curi pon aku tak tahuu.. arghh.. kat belog ni je aku mampu nak merepek sorang2. haa.. nak masuk tahun baru ni kan,tahun 2013 ni laa..usia aku bakal menginjak ke doplohsatu tahun.. percaya tak percaya.wuhuuu.dah boleh berumahtangga. haha.berangan jela kau ninie.selagi master takde dalam genggaman tangan kau yg berjari gemuk2 ni jgn berangan lahh!! dalam berangan2 tu aku ada la terberangan satu benda ni.pasal kahwin2 laa.. seriuss.rasa excited bila tengok blogger2 terkenal mcm irine nadia marcello,maria elena kahwin.sweet gituwwww.. bertuahnya badan mereka niiewww..(oke..korang boleh lempang aku sbb guna bahasa alien)haha.. korang mesti ada jugak berangan nak pelamin,hantaran bagai2 tu.nak mcm ni la,warna pink laa..letak bunga2 la,dalam taman laaa..haa..aku nak yg simple mimple.simple as i can. sbb kesian si bakal zauj aku nnt. nak melabur utk majlis jee..nnt lepas tu kesian bakal zauj aku keje siang malam nak topup duit dia balik.hehe..nampak tak sweet aku nih..oke..mula perasan dahh-..-" kalau family aku,mak aku taknak buat sanding2 ni..masa akak aku dulu pelamin ada.untuk ambil gambar je.bukan sanding2.pengantin kena layan tetamu. dekat pintu pagar rumah aku tu ada khemah kecik untuk pengantin and mak ayah aku duduk.sambut tetamu.kau orang bulih bayang dah mcm mana keadaan kakak n abg ipar aku. kawan2 nak amek gambaq,dorg masuk rumah.then keluar balik p khemah tu..memg penat kot dorang. haa.. aku rasa masa aku nnt pon,akan mcm tu.melainkan bakal zauj aku sanggup tanggung utk buat catering.mak ayah dan kaum kerabat aku boleh goyang kaki je nnt. harap2 bakal zauj aku baca karangan budak sekolah aku nih..bg dia sumber inspirasi...hah..bakal zauj ku..sila tengok pelamin impian ku.ni aku cari kat google jee..:)

yg pertama yang ni >>>
 yang kedua yg ni >>>

simple kan?haha.termuntah bakal zauj aku tengok ni.simple sngt but nice and mcm eksklusif jugak.. bila usha2 benda2 mcm ni kat atok google tu rasa mcm excited gila kan nak kahwin..oke..kau boleh sekeh aku sbb dah gatai sngt kan..!! ni baru cerita pelamin..the next entry,bakal menyusul yg lain. 

sorry terkasar bahasa bro2 and sis2..ni saje merepek.. aku nak sambung study. k bai ollsss..selamat malam.and selamat tahun baru.moga keimanan semakin bertambah seiring usia kita semuaaa...chowwsss :D

Friday, July 13, 2012

V.A.C.A.T.I.O.N in PENANG!

Assalamualaikum kawan2..dah lama tak merapu2 dlm blog sendiri disbbkan atas alasan kemalasan yg melanda..hehehe..now,semua budak U sedang bercuti semester.. aku? of cuz bercuti dalam berkuliah..and u know what? aku sedang bershort sem..hewhewhew~~ suke sngt cuti kali ni.. boleh g kuliah..kat UKM ni pon tak de org..feel seronok sngt2 ..:)  memg buat mcm U ni kita yg punyaa..hahaha(gelak jahat).. ni ade satu benda nak dimerapukan..before bershort sem,sempat lagi aku bervacation ke penang..kenapa aku pilih penang?bukan ade pon ye dok?haha..tu bg korang la takde ape2..bagi aku ade..special sngt..paham2 sendiri lahh.. aku bercuti sambil bergathering ng kawan2 sekolah teknik aku..jumpe Afrina,Damer,mira,bear and lain2.. seronok sngt.. thanks to them sbb bg layanan baik kat aku n kawan aku..haha..and trilionn thanks to Mr.Afiq sbb layan aku and bwk kemana je aku nak pergi..bestt nek mini cooper tu..hahaha..btw,kat sana aku tido hotel.. boleh je nak tido umah Miera,tapi aku segan la..lagipon aku bawa liena..aku tido kat Hotel Palm Inn share ng Arlina Anuar..hee.. not bad la..tapi biliknya agak kecil for 2 single bed but a little bit ok la becoz just utk tido je kan..kelengkapan pon cukup..tv ada,aircond and semualah..lengkap:) aku syorkan kalau sape2 nak bercuti ke penang,book la hotel ni..satu malam RM95 je..ok la kan utk student mcm aku. Hotel ni dekat2 dengan UITM Penang :) Bukit Mertajam !

**ni la hotel yg aku tido tu.. 

for 3 days memg tak sempat la nak pusing satu penang.. tu pon rasa macam nak tercabut kaki.. nasib la jalan ng org tu..so,takde la rasa penat yg sangat2 kan..hehe.. sempat jugak naik ferry..agak gayat ckit kan..:) and some place yg sempat aku jalan kat bawah ni:)

** bukit bendera wehh..:)

**pix ni aku google jep:)Batu Ferenggi Night Market

dah lama aku tak pergi Penang ni.. umur 20tahun ni baru dapat jalan2 sakan kat penang..hehe.. btw,thanks to my beloved ,Afiq sbb layan saya and kawan2 dgn baik..and trillion thanks cuz  hntr kami sampai UKM..i know u are very tired but u still want to make me HAPPY! and of coarse i am very HAPPY!!and takkan lupe sweet memory yg awak bg rose kat saya.and kebetulan ada orang main muzik lagu I'm YOURS tepi tembok tu.serius itu dah cukup sweet bg saya! I LOVE YOU MUHAMMAD AFIQ BIN ROSLAN!;D




Sunday, June 3, 2012

Tinggal kenangan :(

Assalamualaikum..kali ini aku menaip blog dengan keadaan hati yg sedih dan menangis. tidak tergambar perasaan ini mcm mana..tidak terluah dengan kata-kata.pilu,sayu,sedih dn bermacam-macam lagi. For the second time,aku dapat khabar berita tentang pemergian seorang sahabat baik ku menemui sang Pencipta. Ya Allah,aku tak kuat menerima berita ini tetapi ini semua ketentuan Mu ya Allah.aku redha.aku pasrah. tidak sampai 6 bulan selepas pemergian arwah Ubai,semalam tanggal 2 Jun 2012,Ketua pelajar Sttj 2009,Mohammad Noornazmin meninggalkan dunia ini untuk menemui yang Maha Kuasa. Ya Allah,kau tempatkanlah sahabatku ini dalam kalangan orang yang beriman.Kau ampunilah dosa-dosa sahabatku ini. aminnn..

aku jadi fobia dengan perkataan motor. kedua2 arwah sahabat aku ni menemui ajal kerana kemalangan motosikal. tapi,jika sudah tertulis hayatnya sampai situ saja,sebab apa pun dia meninggal itu hanyalah penyebabnya.Siapa  kita untuk menolak takdir Allah..Ya Allah,kau kuatkanlah dan kau berilah ketabahan kepada kedua ibubapa,keluarga kedua2 sahabatku ini. Sesungguhnya ini ujian yg besar untuk ahli keluarganya.

Sahabat aku,arwah Nazmin terlibat kemalangan bersama adiknya.Arwah Nazmin meninggal di tempat kejadian dan adiknya meninggal ketika menerima rawatan di hospital. Sungguh besar dugaan buat keluarga arwah ini. sbb kehilangan dua org sekaligus. moga mereka tabah,ya Allah. Semalam,aku pergi melaka.pergi rumah arwah. ramai kawan2 sekolah aku pun ada.ada dalam 10 buah kereta kalau ikutkan. tapi aku tak sempat nak tengok arwah buat kali terakhir. tapi aku tetap bersyukur sebab aku dan budak2 ni selamat sampai kat rumah arwah bila sampai je tersangat jem. ramai sangat orang. aku tak sempat jumpa mak arwah. and sementara tunggu budak2 laki balik dari kubur,aku borak dengan makcik arwah. macam2 kami borakkan.Daripada Allah kita datang,dan kepada Allah jua kita kembali..

 aku balik pon dah lewat.ada dlm pukul 1 lebih.then sampai rumah abg aku pukul 3 lebih.thanks buat Afiq and anwar. sebab hantar sampai rumah abg aku. Afiq pun 1st time jumpa abg aku. alhamdulillah..nampak sngt sikap tanggungjawab afiq ni.aku terharu sangat2. dalam hati aku bersyukur sebab dia jaga aku.. take care pasal aku. and paling terharu bila Afiq minta maaf kat abg aku sbb hantar aku balik lambat. thank you so muchhh !!

# kawan2,awak2 kalau bawa ape jenis kenderaan sekalipun lah please berhati2.nasihat untuk diri aku jgakk..salam takziah buat keluarga arwah..Al fatihah..
-budak baru belajar !

Saturday, April 14, 2012

:: which one is better?? ::

Assalamualaikum.. sahabat2,adik2,kakak2,abg2,mak2 dan semua saudara seISLAM ku..setelah agak lama tidak menconteng2 blog ku ini..hari ini berkesempatan nak buat entry..ya!jadi student memg susahkan. masa student ni ramai la abg2 kakak2 duk la merungut,bila nak habis belajar ni..same goes to me.. tapi bila difikirkan balik,masa zaman student ni la yg best. tak payah fikir masalah negara semua2 tu. belanja,yuran org sponsor kan..hehe.. tapi lepas habis belajar kena la balas balik pengorbanan insan2 yg banyak berjasa especially to our parents.thats is very2 important ye adik2..okeh!dah lari tajuk pulak ni.. hehe.. entry ni khusus kepada adik2 yg lepasan SPM tu..yg tak tahu nak choose mana satu. mestilah korangkorang nak buat keputusan yg the bestkan utk masa depan korangkorang.which one is better MATRIKULASI or DIPLOMA?? bagi aku yg budak lepasan matrikulasi,memg akan suggestkan korangkorang masuk matrik kan. but its depends on how u think about ur choices. akak ni taknak la menghasut(cehh..akak gitu)..hehe.. cuma boleh bg pandangan and pendapat sahaja oke! pengalaman masa matrikulasi tu memg bnyk kalau nak cerita pun. mula2 nak daftar,i thought one day before registered as student matrik,ada jugak la survey2 macam mana matrik ni. cara belajarnya. tanya result org2 yg masuk matrik tu..seniorlah maksud akak..hehe.. tapi 50-50. ada cakap 'kacang' je lah matrik ni. ada ckp susah. tp akak tanya my sis yg jugak matrik dulu. my sis la yg ckp,tak susah kalau kita tak leka. korbankan setahun je utk berseronok2 tu. fokus pada study dulu. haa.. berguna taw nasihat my sis ni. bila rasa semangat luntur je kat matrik dulu, rasa susah je belajar kat matrik masa tu, terus ingat,'kalau my sis can got 3.88 for science coarse,why not me yg ambil akaun ni. setahun akak ni belajar kat matrik tu, and i can beat my sis pointer . hah! u all see! bukan nak bangga ke hape tp jd pembakar semangat korangkorang yg mengatakan matrik ni payah la ape laaa... now, i'm doing my degree at UKM. alhamdulillah di offer masuk U yg bagus. so, adikadik fikirlah semasak2nya. kalau rasa tak mampu nak ikot cara matrik yg cepat tu ,masuk diploma pon bagus . atleast ada sijil yg boleh bwk utk apply kerja kot2 taknak sambung degree kan.. hehe
1.mana2 pon korang belajar yg penting nawaitu kena betul.
2.semua tempat belajar sama je,tapi semua terpulang atas diri masing2.
3.kawan tu kena pilih betul2. kalau kawan bnyk main,maka banyak main lah kita (think it lah ye)
4.kalau tak tahu sangat nak pilih ape dah,silalah buat istikharah..mohon pertolongan dari yg Maha Esa:)

oke.thats all..moga dapat membantu adik2 lepasan SPM tuh ye..insyaAllah!:)