Friday, November 14, 2014

perempuan dan pandai masak!

Assalamualaikum gf and bf sekalian...
Saja nak cerabih kat diari online aku ni. nak kata SS? memang pun. so, its doesn't matter. benda betul. haha.
sebagai perempuan,bakal isteri,bakal ibu semestinya skill ekonomi rumahtangga(ERT) kena tahu. tak cekap takpe. asalkan tahu sikit-sikit. aku pun tak pandai masak. tak pro. tu bila tanya hait kaum laki tu gaya macam mana hangpa nak sebagai calon isteri hang? bila dia jawab, 'aku nak yg pandai masak', pandai itu pandai ini hang boleh kot reject awal-awal. haha. sebab bagi aku tak semestinya perempuan tu tak pandai masak tak boleh jadi calon bini aih. benda boleh belajar. so, aku rasa statement 'nak yg pandai masak' is not one of the ciri-ciri calon isteri.

memasak ni bagi aku siapa-siapa boleh pandai. lelaki ke perempuan ke. dedua kena pandai bab ni. betul tak? benda ni urusan hidup seharian kan. kau nak makan, kau masak. simple. lama-lama nnt jadi pandai jugak masak macam-macam.

perempuan dia akan rasa sendiri nak belajar memasak bila sampai umur yg depa rasa depa perlu belajar masak, depa dengan sendirinya akan willing nak masak. so, jangan risau anda yg kata tak pandai masak. semua orang dah diberi tahap kebolehan masing-masing.

aku pun masih belajar memasak. sometimes ada masa banyak tu, aku suka google resepi. aku rasa dah jadi hobi pulak kumpul resepi. tapi tak semua yang aku dah buat. sepanjang praktikal ni, every weekend aku akan balik rumah mak ayah aku. then, aku akan buat la apa-apa resepi. most of them banyak membaking la sebab aku suka dessert and bakery. hihi. selalu yg aku buat and favourite all time moist chocolate cake. even kawan-kawan aku minta resepi dari aku. hahaha. bangga leeteeww !

for this week aku nak buat homemade pretzel with caramel sos and churros! nantikan aku upload rupa pretzel and churros aku naa!

hidup seorang student!

Assalamualaikum.
Hai..
apa aku nak merapu SS hari ni?!
okay. taknak habaq banyak la.
aku student, ada tempoh period yg akan rasa mcm arghhhhhh. stresssnyaaa! assignment melambak-lambak. siapa suruh buat last minute! hahaha. yg ni padan muka diri sendiri. aku boleh habaq la most yg bergelar student mesti punyalah jenis yg buat assignment last minutes. 'most' means tak semua. ada yg jenis teratur dan berjadual hidup dia memang bukan jenis macam tulah.
jenis aku yg last minute tu. hahaha. dah namanya student. awal sem macam bersemangat gila.

"sem ni aku taknak buat kerja last minute"
''sem ni aku nak fokus dalam kelas''
''sem ni aku nak dean list''
''sem ni aku nak jadi seorang pelajar yg berdisiplin''
-ayat skema kan!-
''sem ni aku nak kahwin''
- ehh. yg ni gatai merenyam sangat! haha :p -
 
banyak lagi ayat student yg bermula dengan perkataan 'sem ni........' di awal semester. 
haha. salah seorangnya aku lah tewww..
tapi tak semestinya yg orang jenis ni dia buat kerja tangkap muat je. buat kerja asal siap je. aku bukan cenggitu. bila kau buat kerja last minute ni kan, kau kena tanggung sendiri kurang waktu tidur and enjoy. sebab kau kena siapkan jugak benda alah tu tak kira apa pun. jenis aku, aku bukan senang puas hati dengan kerja aku buat. 

sometimes, kalau aku yg kena compile kan setiap bahagian yg dah dibahagikan, aku akan check balik semua kerja ahli group aku. cerewet eh? oh. memang! sebab aku taknak kerja yg tangkap muat. its good for me and my groupmates too sebab sometimes kita sendiri tak perasan 'typo' yg kita buat. so bila orang lain check kan, mesti akan perasan. betul tak? 
 
aku tahu saat dan ketika ini student kat UKM semua tengah kabut dengan assignment and test. hehe. bahagianya aku kan. sebab semester ni aku takde exam, test and assignment sebab praktikal. hahaha. bangganya kau. sem depan bakal jd hectic sem untuk aku -.-" sebab last semester sebelum graduate. pray for me uolss. :)

Thursday, November 13, 2014

Perempuan dan Online Shopping!

Assalamualaikum.

Hai aku tanya apa khabar? weeeeeeeeeeeeee~~
okay. hangpa dok buat apa tu? aku bosan baq ang!
rasanya sepanjang berpraktikal ni, aku banyak post entry. haha. padahal bukan ada sapa dok nak baca pun. saje nak 'SS' sebab aku rasa bila cerita kat blog mcm release something. hahaha. 
kau gelak sesorang. merapu sesorang. bukan ada sapa nak baca pun. hewhewhew.

siapa hat yg suka online shopping tu? angkat kaki! aku rasa OS ni mcm satu virus yg wujud dalam diri. dia jenis yg pantang nampak something cantik, pastu harga mampu milik. memang kau nak beli. lagi - lagi, memang kau ada buat online banking. ish ish ish. memang bahaya gituu. dia cam laju je nak tekan 'add to cart', isi form, bla bla bla... tup-tup, dia tulih 'successful'! haa. dalam sekelip mata ja account bank dah minus (-) 100, baki RM9XX. contoh contoh la aku bagi. masa tu baru rasa macam sedikit penyesalan. hahahaha. orang kata menyesal tiada gunanya.
kann?????!

Aku boleh kata dikategorikan ada virus ni sebanyak 50 percent. hahaa. 
aku akan OS kalau aku betul-betul nak beli something tu especially baju. sekarang memang macam-macam jenis OS yg jual itu ini. tapi beware lah! takut kena tipu. alhamdulillah setakat ni aku masih selamat dalam hal-hal macam tu. 
baru-baru ni aku ada beli handbag secara online. for the 1st time aku beli handbag through online. sebabnya web OS tu dia buat sale gila-gila. siapa tak gila tengok harga gila macam tu. haha. 
ni punca aku takde kerja kat office and boring ya amat, tangan aku gatal p buka blog, and tengok Namee Roslan ada update. aku dengan yakin tekan la blog dia and baca. aku memang suka baca blog orang instead aku yg berblog. haha. kak namee dia cerita pasal web tu. aku pun dengan teruja tekan link yg kak namee letak. jeng!!
terkezzzuttt iols. buka-buka web tu,ada tulis RM11. 90% off. perasaan ingin tahu tu membuak-buak lagi. almaklumlah, remaja memang perasaan nak tahu tu, terlalu kuat. (remaja sangat). hihihi
tak semena-mena aku pun tekan lah 'woman clothing' > 'woman bags'. sebab aku memang nak mencari handbag. handbag aku dah rosak. :( so, its not kehendak la kan. one of keperluan jugak la kan? walaupun kehendak tu ada sesikit. sikit je. hahaha.
oh ya. ni link website tu http://www.nile.com.my/  .Mesti ramai dah tahu pasal website ni. aku je yg baru tahu. hahaha. noob gila rasa -.-"abaikan la ke 'noob' an aku. 
sempena 11 November 2014 diorang buat sale ada certain barang berharga RM11.00. and barang-barang lain diberi diskaun sebanyak 90%.  so, aku rasa rugi kalau tak beli. makanya aku beli jugak selepas buat timbang tara dari pelbagai sudut. 

aku telah berjaya dapat handbag yg aku beli dr nile.com.my hari ni. simple je untuk bawa p kelas pun boleh. muat file ka buku ka. murahh. RM13.90.
perempuan dengan handbag besar normal dah sekarang sebab boleh letak macam-macam. telekung ka, ipad,galaxy tab,iphone 6, botol susu anak, barang mekap ke. all in one. hahaha




Monday, November 3, 2014

Majlis Konvokesyen UKM ke 42

 
Assalamualaikum.
aku duduk opis ni tak dak kerja. maklumlah budak praktikal a.k.a budak suruhan. hehehe. takpa. lagi 8 minggu nak habis praktikal. 
btw, semalam aku pergi UKM nak tengok kawan-kawan aku konvo. Itu tak bermakna aku tak konvo sebab sangkut paper. haha. aku tak konvo dgn kawan-kawan aku sebab depa coarse 3 tahun. aku coarse 4 tahun. 
So, insyaAllah takda aral melintang tahun depan aku plak sarung jubah konvo. hihi. 
Pre convo untk Majlis Konvokesyen UKM ke 43. 
hewhew. awal pre convo aku!
excited yang amat lah aku tengok depa konvo. happy je muka memasing. and paling happy for surelah parents kan. aku tengok muka family depa, memang terpancar cahaya walaupun panas terik and berlengas-lengas sebab panaskan. tapi sebab nak sambut kejayaan anak-anak, mereka sanggup datang dari jauh. ada yang bertongkat, ada yg berwheel chair. 
masa aku duk tunggu kawan-kawan aku bawah pokok depan dewan, ada seorang graduan ni, meluru peluk mak dia. mak dia berdiri sebelah aku je. that girl meluru peluk mak dia sambil nangis. mak dia pun nangis. aku yg tengok ni, rasa nak nangis jugaklah. tapi aku cover and pandang tempat lain.
aku memang sensitif sikit bab-bab parents ni. *kesat ayaq mata*
Majlis Konvokesyen ni la paling dinantikan semua mahasiswa kan. kalau masa tu kau plak baru je jadi budak universiti, lepas tu ada majlis konvokesyen senior kau, perasaan dia ni. tak tahu nak habaq. mesti ada terbit rasa ' tasabarnyaa nak habis belajar, nak konvo'. aku setiap kali senior aku konvo, tangan ni seram sejuk tahan tazzzabar tu. haha *over benor*

                                   
muka budak-budak grad tahun depan. Hahaha

with Puan Rafidah dan Puan Farah Liyana(Young Officer) dan jejaka hangat. 


tahniah Cik Fatimah :) I love YOU!


4 org tu tak zabbaarrr nak grad. jumpa Dr. Fairuz sem depan ye. hehe.
Tahniah Izzah :D

Setelah aku merasai sendiri datang konvo kawan-kawan aku ni, boleh lah disimpulkan, penat ya robbi walaupun bukan aku yg konvo. haha. penat sebab tunggu dalam panas, ke hulu ke hilir cari kengkawan. lepas mereka-mereka keluar dewan, mesti handphone di telinga pastu duk panjang-panjangkan leher depa cari insan tersayang. And, lepas tu mereka akan sibuk penuhi permintaan orang nak bergambar. family, kengkawan, pakwe, makwe, admire etc...
Jadi, aku dah siap-siap plan masa aku nanti, gambar studio dengan family akan di ambil sehari sebelum mengikut keadaan. haha. sebab aku tahu hari kejadian, family aku mesti kelam kabut, penat, dengan anak buah aku lagi. kita mestilah prihatin juga dengan orang tua kita. depa mesti penat. 
Bakal Graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia
Happy Convo everyone! 
Thanks for reading! =)

Thursday, October 23, 2014

Resepi Cekodok Mak Rosmah!

Hari ni aku nak share pasal satu resepi ni seperti tajuk di atas. hehe. Resepi Cekodok? alamak kau ni. setakat cekodok je pun. semua orang pandai buat. okay okay~~ aku tahu semua orang pandai buat cekodok ni. senang ya amat ye dok. chop! chop! try dulu resepi ni, pasti kau tak berhenti makan. haha
Resepi Cekodok Mak Rosmah tu bukanlah resepi isteri pak Najib ye. nama mak aku Rosmah. isteri kepada Pak Hamid. hehehe
Apa yg istimewanya cekodok mak Rosmah ni?
haa. kalau dah sejuk pun tetap rasa rangup. dan sedap. tak semua benda dah sejuk rasa dia sedapkan? tapi yg cekodok mak rosmah ni memang sodapp tekauu!

Suatu petang tu aku macam kecuq ayaq liuq terbayangkan kesedapan cekodok yg mak aku selalu buat. aku terus meluahkan rasa dan perasaan aku ni kepada mak aku. 

'mak, kakteh nak buat cekodok la. macam mana nak buat cekodok yg mak selalu buat tu?'

macam tula dialog aku. so, meh aku share resepi dia. senang sangat. rasanya mungkin ada yang dah tahu. haha.

Resepi cekodok mak Rosmah:
2 cawan tepung
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji kentang (sagat sajo. mudah) > atau boleh jugak guna carrot. optional
sedikit serbuk kunyit.
sedikit garam 
secubit soda bikarbonat
2 setengah cawan air


Cara-cara :
1. Masuk semua bahan2 di atas dalam satu bekas. kacau sehingga rata. Jangan terlalu cair dan terlalu pekat. Agak2 jela. kalau macam pekat dan likat, tambahlah air sikit-sikit sampai jadi cair sikit je.
2. Dah boleh goreng. pastikan minyak betul-betul panas. sebab kalau goreng minyak tak panas, cekodok tu jadi leper nnt. buruk. hee
3 Siap utk dimakan uollsss

SELAMAT MENCUBA!

Sorry takda gambar. aku memang tak bawa phone ke dapur kalau memasak. haha. next time aybe aku akan cuba bawak ke dapur hp aku tu. haha

Thanks for reading! :)

Wednesday, October 15, 2014

JAPAN Part I

Siapa suka travel? aku boleh jamin semua orang suka travel kan. tak kisah luar or dalam negara.
hari tu aku ada buat entry pasal preparation nak ke Japan. Baca SINI untuk tengok entry tu. Kali ni aku nak story lepas aku landing kat Bumi Jepang.
Flight aku dari LCCT pukul 12 malam. Kitorang guna Air Asia X. Pasal hal ehwal tiket aku tak tahu sngt berapa harga dia sebab aku pergi under program kan. So, setiap org dah diberi tugas masing2. Oh. Btw kitorg pergi under agen yg dilantik. So, lagi senang la perjalanannya. Cuma mahal sikit sebab bukan pergi sendiri. Ni semua aktiviti dah diaturkan. Just pergi sana and ikut je apa diorang aturkan. Perjalanan ambil masa 6 jam. Btw, sebelum kitorg pergi Japan ni which is bulan April, tragedi MH370 baru je jadi. 8 Mac 2014. So, masa ni boleh kata la jantung aku dupdap jugak nak naik kapal terbang. Tapi, yg aku bersyukur parents aku restu je aku pergi Jepun tu sebab parents aku cakap benda nak jadi, bila2 boleh jadi. Baca doa. aku ingat lg, sebelum aku naik flight, ayah aku sempat whatsapp doa- doa semua. Alhamdulillah, kitorang selamat pergi and balik. 
Berbalik pada tajuk asal. Kitorang sampai  memang on time. Alhamdulillah syukur. Thanks pilot and crew! Kitorang landing dekat Kansai Airport. 

Rombongan Cik Kiah dari Malaysia =)

Ni la muka aku baru bangun tidur, apa kesah. semua sama tak mandi. hahaha.

Dari Kansai Airport, dah ada agen dr Jepun tunggu. siap bawa banner tulis 'UKM'. hahaha. rasa macam diberi perhatian sngt sbb orang sambut macam tu. Dah keluar airport tu, dah ada bas yg dah disewa khas utk kitorang. Naik bas. Mesti korang expect kitorang terus pergi hotel kan? jawapannya TIDAK uolss. Kitorang terus pergi Setsunan University. haha. 
Ya! We olss tak mandi pun. Pakai baju yg sama macam sebelum naik flight tu. kahkahkah. nasib baik cuaca sana tak panas. so, tak berpeluh. Sampai kat Setsudai ( Setsudai tu Setsunan University la. Setsu= Setsunan, Dai=University). Ni yg lecturer kat Setsudai bagi tahu la. Diorang panggil Setsudai=)
1st program kitorang dgn student kat Setsudai ni. Ada beberapa org student Setsudai ni ada pergi exchange student kat UKM and diorang fasih cakap bahasa melayu + Indonesia. tergamam tau 1st time dengar diorang cakap tu. rasa macam, wow!! org Jepun boleh belajar bahasa kita dgn baik. Salute!
Setsunan University (Setsudai), Osaka

Haa. And ni experience aku paling kelakar aku rasa. 1st and last maybe. Aku buat persembahan kat Setsudai ni. persembahan ape?? haha. SILAT oii. tak pernah hayat aku taw bersilat. tiba2 kat Jepun pergi bersilat. hahaha.
haaa. tak caya? tengok ni. hehe
Serius nau muka deknon tu. hahaha

 
ni student Setsudai. Dia yg nak ambil gambar dgn kami. hahaha *propa

Aktiviti kat Setsudai ni more pada santai2. Perkenalkan Malaysia, sesi share ilmu, masa ni la nak tanya macam2 kat diorang, jalan2 dalam kawasan Setsudai ni. And satu boleh cakap, diorang kebanyakan guna basikal. tak macam kat Malaysia, student pakai motor and kereta. 
Lepas habis kat Setsudai, kitorang pergi hotel? ehh tak tak. Kitorang pergi shopping dekat Shinsaibashi Station. kat situ macam street mall la. banyak kedai and kedai dia memanjang and panjang uolss. Tapi aku memang tak beli ape pun sbb dalam fikiran aku, "awal lagi nak beli barang. Baru 1st day. Mana tahu tempat lain lg best and murah." tak larat aku nak habiskan penjelajahan dekat Shinsaibashi Station ni sebab lepas turun flight terus berprogram. Mampu? Haha. Makanya kami pun........
Semua duk cari wifi. Konon nak wasap insan tersayang kat Malaysia. Lepastu nak check in tempat. Hahahaha. Semua jadi anti sosial senyap sunyi bila dapat online. 
Terima kasih "wifi Shinsaibashi Station"!! 
Continue with JAPAN PART II =)
Thanks for reading =)

Wednesday, October 8, 2014

Birthday Suprise on Hari Raya.


Korang pernah dapat suprise? tak kesah suprise apa pun. suprise untuk propose ke, birthday ke. Tapi janji namanya suprise/kejutan yang orang-orang sekeliling kita ni buat untuk kita. Aku? sekali seumur hidup. I mean macam suprise birthday tu la. Suprise yg buat kita sampai nak pengsan,nangis,peluk-peluk orang ( ini untuk girls je taww). Yee. Aku baru merasai benda tu masa hari raya aidilfitri hari tu. When i was turning to 22 years old. 

17 Ogos 2014 hari tu aku ada la buat makan-makan hari raya sikit untuk kengkawan aku. Saja nak buat jamu diorang and diorang pun ada yg 1st time sampai rumah aku pun. hahaha. maaflah. rumah aku jauh nun pedalaman. hangpa kena tabah kalau nak datang rumah aku sebab jalan dia macam ular kena palu. hahaha. Siapa dah sampai, aku ucapkan tahniah uollsss. Umpamanya aku bagi pengikhtirafan kat siapa-siapa yg dah berjaya sampai. Nampak macam, wah! macam tu sekali ye dokk nak gambarkan jalan nak ke rumah aku tu. 

Maka, sampailah 2 bijik kereta masuk ke halaman rumah aku dan parkir kat parking rumah aku tu. Memula, Irfan cakap tak datang. Izyan pun dah bersekongkol rupanya nak kenakan aku. cisss mereka ni. Masa aku nak keluar pintu rumah nak jemput diorang masuk, dengan yakin aku berjalan bak model tak jadi, aku nampak kereta Preve Biru yg semacam aku kenal. Aura kereta tu dah buat aku terkejut. Macam spontan, aku patah balik masuk rumah ambik tudung apa yg ada. Baju biru tudung hijau! haha. Gasaklah mix and match aku tu tak berapa nak kena. sebab memula aku ingat perempuan je datang. cis!cis! rupanya ada sorang kumbang dalam kalangan perempuan2 tersebut. hahaha. Si Pilot Irfan ada jugak! sungguh itu kejutan pertama baru. walaupun sebenarnya bukanlah kejutan sangat si Irfan datang sebab dia bukanlah artis pun. hahaha =)

Masuk je rumah aku, kawan baik aku Izyan terus cakap dgn aku. "Maybe aku datang rumah kau nanti masa kau nak kahwin pulak". hahaha. kejam taw ayat engko! Yang sorang lagi si Irfan cakap, "Tak boleh la nak datang selalu, setahun sekali tu boleh lagi la". hahaha. Amboi uollsss. baru jalan bengkang bengkok sikit dah mengeluh gitu taw. kalau tetiap hari korang lalu jalan tu, aku boleh cakap korang memang seorang pemandu yg hebat. hahaha

Salam-salam peluk cium dengan diorang semua, maka terus ke meja santapan. terus makan and cotcet cotcet. then, aku habaq kat diorang aku tak sempat nak buat pizza. terus diorang cakap, buat sekaranglah. makanya, tetamu pun duk dapur buat pizza. hahaha. tengah2 buat pizza tu datang lagi sebuah kereta. si Pojie, Bilot and Epul datang. tapi dua orang Pojie and Bilot ni dah biasa datang rumah aku beraya. lantak p kat depalah. buat macam rumah sendiri jelah. haha. 
Ni mereka yg datang rumah aku. semua ni kawan Sekolah Teknik Tuanku Jaafar,Seremban.

Dah jangan pelik tetiba baju aku kaler hitam pulak. haha. aku tukar baju sebenarnya untuk sesi bergambo. Baju asal aku kan tadi kaler biru tudung hijau. tudung tula. hahaha. Beria aku p tukar baju, tinggalkan diorang kat tempat makan. aku dah siap, aku keluar pergi kat diorang semua. elok aku keluar, aku pandang kek atas meja. and i was like, 'eh,kek? bila pulak ada ni? siapa punya?'. tapi cakap dalam hati jela. tergamam jugak memula. lepas tu diorang nyanyi lagu happy birthday. ohhh okay. kek tu untuk aku. hahaha

"kau dah boleh agakkan sebenarnya? dah tak suprise la," satu suara berkumandang.
aku tak ingat siapa. hahaha. aku memang tak jangka pun sebenarnya. tapi diorang semua ingat aku dah boleh jangka. maybe muka aku yg macam org takde perasaan tu yg buat diorang ingat aku dah boleh expect. sebenarnya tak pun uollsss. Ni ahli-ahli jawatankuasa yg buat suprise birthday untuk aku:
Mastermind @ EncikMimpi aku. haha >  Encik MAR. Dia tak dapat datang sebab kerja.
 Pembantu Mastermind > Cik Izyan 
Pembantu Mastermind II > si pilot En.Irfan Azmi.
 Watak-watak penting :
1. Nadia sbg pemandu arah ke rumah aku. Kalau takde dia maybe diorang ni boleh patah balik tak jadi datang. haha
2. Nadhirah sbg pemandu waja yg sangat berhemah di jalanraya
3.Aqila & Aimi sbg pengikut setia Nadhirah dan Nadia
4.Munirah sbg penceria suasana. Jauh datang dr Kota Damansara. Aku is terharu sangat :')
5. Bilot, Pojie & Epul sbg watak-watak pembantu memeriahkan suasana dgn lawak budak diorang. Bilot buatkan anak buah aku sampai menangis. hahaha. kata anak buah aku, "Uncle tu suruh hani duduk situ". macam tulah dialog dia. hahaha
ni tak sampai 1/4 pun kawan-kawan aku. Lagi ramai,lagi meriah. tahun depan InsyaAllah aku buat lagi. Doakan rezeki aku murah uollsss =)

tu kek tu! aku tak ingat kek ape nama dia. kesian sampai cair nak datang rumah aku. hehe. 
Thanks for the present Irfan & Izyan. Tiap tahun dapat dr dua orang kembar ni. Kembar tarikh lahir je diorang ni. Mak ayah lain-lain. heeee ~~
Tu tu tu En.MAR.Thank You!  =)


Thanks for reading! =)

Don't Lose Hope



Credit : BookofQuote
https://www.facebook.com/BookOfQuotes

Tuesday, October 7, 2014

Accounting Week 2013/AcW'13

Sebenarnya AcW'13 ni dah lapuk dah. haha. dah nak masuk setahun pun program ni. Aku nak #throwback je. Tapi saje aku nak cerita kat sini apa benda pekdah kekdahnya AcW'13 ni. Actually, dia akan jadi moment yang aku takkan lupakan bila aku kena manage one of the big programme we olls untuk AccUKM sesi 2013/2014. Meh aku perkenalkan tenaga kerja aku dan sahabat-sahabat exco aku yg sangatlah AWESOME!

video
Enjoy this video!
 Majlis Tertinggi dan Exco Kelab Perakaunan UKM sesi 2013/2014.
(sekarang dah mantan pun.. haha )

Kengkorang kenal tak aku yang mana? hahaha.  Aku pegang jawatan Exco Jaringan Alumni dalam AcCUKM sesi 2013/2014. Sekarang aku dah jadi mantan exco pun. hahaha. Untuk program AcW'13 ni aku as Timbalan Pengarah . AcW'13 ni memang program tahunan untuk Kelab Perakaunan UKM (AcCUKM). Program ni selama seminggu. haa? Seminggu? lama baq ang! apa pengisian program ni sampai seminggu plak? Banyak persoalan mungkin yg berlegar kek pikiran ekau sumoo ni haa kan(osah dah keluar loghat nogoghi den ni haa).. Part ni la kena tunjukkan pemikiran gaya mahasiswa/i yang disarankan. Idea-idea yg bernas dan menunjukkan seorang mahasiswa/i yang mempunyai visi dan misi untuk mengilhamkan masa depan. haa. gitu kauu. UKM sangat gayanya. Teeee heeee~~

Persediaan utk AcW'13 ni uollss, ambil masa berbulan-bulan. meeting pun 50 juta kali aku rasa. haha. ni propa lebih pasal meeting tu. Tapi memang meeting kerap kalilah diadakan. Every week!! Tahu tak tahap kestressan masa tu macam mana p diaaa. Tapi bila lagi hangpa duk nak ghasa pengalaman yg tak boleh dapat kat mana-mana sekalipun. (dah duk loghat utagha plak aku ni. kecelaruan identiti sebab stress sngt mungkin. haha). Kawan-kawan yg susah senang duk nak jayakan program ni. Aku dgn Pengarah aku memang berusaha untuk menjayakan program ni. Pengarah aku nama dia Fahmy a.k.a Jobot. tang mana dapat nama Jobot aku pun tak tahu. haha

This was the closing of AcW'13 that was held at MMU, Cyberjaya. Sports Day. Luckily, MICPA sudi nak cooperate dengan kitorang untuk AcW'13 ni.

Boleh kata besaq jugalah program ni sebab masa ni la kitorang kena kumpul dana yg banyak for the same time untuk next program kitorg. Marketing tu jangan cakaplah. We olls kena buat all out! Macam mana nak buat program gempak gempita kalau tak ada dana kan? Dana ni kena cari atas usaha setiap ahli jawatankuasa aku. chop! Chop! Jangan la ingat aku mengarah je anak-anak buah aku plak. aku pun turun padang uolss. Ke hulu ke hilir aku merayau merata dengan anak-anak buah aku untuk cari dana. Part cari dana ni memang kena tebal muka sikit. Ehh.. Bukan sikit. Banyak jugak kena kasi tebal muka. Yela. hal-hal duit ni ang ingat senang ka oghang nak bagi and percaya kat kita. Dalam marketing kena ada give and take. Dia bagi kau dana, then apa sumbangan kita kat depa pulak. Part ni kena pasang strategi baik-baik. Itu nama give and take. Okay? Paham anak-anak murid ku? =)

Alhamdulillah. Program berjalan lancar. Walaupun ada la jugak sikit dua tiga masalah tu. But, semua bisa dibereskan dengan baik. Mana ada program yg takde wujud sebarang masalah last minute kan? Kalau ada program yg takda masalah last minute, ang pa habaq kat aku. Aku nak berguru dengan depa.

Bukan jawatan tu yg kita nak duk sanjung berebut, tapi ilmu dan pengalaman luar dari bidang akademik tu yg kita nak kaut. Because life is not just the knowledge but it is about your experience too. Banyak mana pengalaman yg kau boleh lalui tak kira pahit,manis,masam,masin, kelat, payau ke. Itu semua proses nak belajar. 

Banyak yg aku dapat sepanjang aku and kawan-kawan aku yg lain manage program ni. Terlampau banyak. Nampak mudah, tapi tak semudah ABC uollss. hehehe. Cabaran tu jgn digentarkan, tapi gentarkan bila pengalaman hidup kita zero. nothing!  =) 

Thanks for reading! =)





Nama samaran

Korang ada tak nama samaran yg tetiba terkeluar dari mulut kengkawan korang. Benda tu spontan je keluar bila dia panggil kita and kau pun pandang dia umpama kau mengiakan panggilan tu. Macam aku sendiri dah banyak nama yg kawan-kawan aku bagi. Haha. Typical Malaysian la kan pasal nama samaran ni. Ada je nama yg akan melekat kat kita sampai ke besar. Maybe boleh sampai ke tua sebab orang dah kenal kita dengan nama samaran. Macam kawan-kawan aku sendiri ramai ada nama samaran contohnya Luncai, Bilot, Balot, Beck, Grunge, Bear and ramai lagilah. tapi mostly lelaki la yang nama samaran diorang ni memacam. Aku tak tahulah macam mana nama-nama ni boleh terkeluar idea kat diorang. hahaha. sampai kadang-kadang aku tanya kat kawan aku ni, kenapa diorg panggil 'Luncai' padahal nama dia sedap, Afiq. haha. Aku ada beberapa nama yang kawan-kawan aku bagi mengikut zaman. hahahaha

1. Maz
Kalau nama 'Maz' ni sebab nama sebenar aku Mazni. So diorang pendekkan jadi Maz. Nama ni zaman aku sekolah menengah rendah. Nama ni still dipanggil sampai sekarang mengikut kawan-kawan aku yang tertentu.

2. BamBam
BamBam ni diilhamkan oleh kawan aku nama dia Amieza. haha. ni zaman aku menengah atas kat sekolah teknik. sebab pipi aku ni la menyebabkan wujud nama BamBam tu. Pon boleh ke sebab pipi je kawan aku dapat ilham nama tu. Sampai sekarang dia duk panggil aku dgn nama tu. Dia jela yg panggil nama tu. Tee heeeee~~

3. Dora
Nama Dora ni aku rasa nak gelak betul.  haha. Nama ni pun wujud masa sekolah teknik. Diilhamkan oleh Cik Ain Rais prefect sekolah. hahaha. Sebab nama ni wujud dia kata pipi aku macam kuih Dorayaki doraemon tu. kau rasa kelakar tak? kelakarkan? korang cakap ye! jgn buat aku malu sensorang. haha. 

4. Ninie
Nama ni zaman aku matrik. Ni kawan baik aku yg bagi, Cik Tqanadia. haha. Aku tak tahu macam mana dia dapat idea ni. Tapi aku rasa dia dapat idea dari huruf belakang nama aku. Mazni. So jadilah Ninie. Macam-macam nama aku dapat. Nama ni masih dipanggil oleh kawan-kawan matrik aku. 

5. Majni
Nama ni tukar huruf je. Z jadi J. haha. Tapi nama ni masa aku sekolah rendah ada sorang cikgu ni panggil aku Majni. hahaha. Then, zaman U si Irwan yg duk panggil aku dgn nama tu so yg lain pun terikut panggil aku dgn nama tu. haha. Yela kan. Kawan-kawan ni beri pengaruh besar. So, betullah org cakap jgn salah pilih kawan, kelak merana diri. haha. ehh. tapi kes aku ni takdelah bagi pengaruh negatif. 

6. Maznon
Haa. ni nama si nadhirah, Wanie and Aniyah yg ilhamkan. Biasalah dia nak tukar huruf vowel kan. Jadilah 'Non' belakang nama aku tu. Asal boleh diorang ni. hahaha

Nama-nama di atas still wujud dan dipanggil oleh orang-orang tertentu je. haha. Tapi kalau aku pergi kem or program tertentu, masa sesi taa'ruf or sesi perkenalan diri. aku akan perkenalkan diri aku, 

"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Normazni Binti Ab Hamid. Boleh panggil saya Maz" 

Haaa. gitu taw dialog dia. hahaha. Sebab aku rasa nama Maz tu lebih afdal dalam keadaan yg formal.
And, aku takde kesah apa pun diorang nak panggil aku nama apa sekalipun tapi jangan plak nama yg tak elok kan. sebab aku bukan pengesah sngt. pengesah pun boleh. hahaha

Kadang-kadang, nama samaran tu sangat membantu untuk kita ingat muka orang tu. Bila zaman dah berubah, zaman maisng-masing ada haluan sendiri. Bila ada orang nak sampaikan 'news' berkaitan hidup si polan ni, dia akan sebut nama penuh dan kau macam 'haaa? siapa eh? aku tak ingatlah. dulu orang panggil dia apa? Aku tak tahu nama betul dia." Then kawan kita tu akan cakap, 'ala dulu orang panggil dia BamBam tu.' and kau like, 'Ohhhhhhhhhh. Dia tuuu. BamBam. Aku ingat. Aku ingat.'

Haa. Uollss nampak tak nama samaran tu beri peranan penting untuk orang ingat kita. heeee~~

Thanks for reading! =)



Friday, October 3, 2014

Tempat nak pergi lepas habis praktikal!

Tak sabaunya aku nak habiskan praktikal ni. 6 bulan uolls aku punya praktikal. dan sekarang baru 3 bulan berlalu. lagi 3 bulan iols nak hadapi rintangan dan cobaan ini. Ayuh ceknie. terus kuat! haha. tiupan semangat untuk diri sendiri. (Jgn adik2 nampak mcm azabnya la praktikal ni. Engkorang laluilah dulu.) 
Nampak tak macam aku memg sangat memerlukan vacation. Memang sangat2lah perlu lepas habis praktikal ni untuk freshkan minda aku sebelum berjuang sebagai pelajar final semester uollss. Aku dengan kengkawan baik aku dah plan nak pergi PULAU PERHENTIAN uollsss. sebab apa? sebab aku rasa tempat tu awesome bila aku tengok gambar2 dekat google. hahaha. Lepas tu aku baca review dari blogger FL, blogger Jumiesamsudin pasal Pulau Perhentian ni. Baca experience diorang pun dah buat ayaq liuq aku meleleh. Cantiknya laut. biru macam Maldives.  
Atas perbincangan melalui application Whatsapp, kengkawan aku kata nak pergi awal semester depan. Sebab awal semester, projek tak banyak lagi. Kalau pergi masa midsem break, dah nak mid exam pulak. Takkan nak pergi vacation dengan kepala duk pikior pasai paper kan? ahaha. tak best. tak best. 
Tengok ni. Cantikkan? Credit to kak Jumie Samsudin. Gambar ni dari blog kak Jumie =) Boleh la jenguk blog kak jumie sebab banyak info.


Aku mana nak tahan tengok kecantikan alam semulajadi ciptaan Allah ni. Sungguh mengasyikkan. tengok gambar pun dah buat hati jadi tenang. Ya Allah. murahkan rezeki aku supaya aku boleh meneroka alam ciptaan Mu ini yg sangat indah =) AMIN.

Thanks for reading! =)

Tak Kelakar tapi ketawa?


Sekarang aku sedang berpraktikal. Ada berbaki 3 bulan lagi nak habiskan praktikal aku ni. Betullah orang kata, bila kau belajar, rasa nak kerja. Dah kerja, kau tak menyabau nak masuk belajar balik. Oh. ini sungguh poyo ye non. kengkonon nak cakap aku tak menyabau nak masuk belajar balik la. Tolonglah setuju dengan aku. hahaha. After 3 months ni, kau dah rasa bosan teramatlah. Sometimes macam kau rasa salah ambil bidang. (lempang diri sendiri). haha. tak tak. memang TERkadang aku ada TERdetik cenggitu, tetapi aku TERcepatkan untuk perbetulkan kembali rasa TERdetik tu. 

Aku cuba husnozun. Kadang-kadang aku tak berapa nak faham kenapa Mr. Bos aku ni ketawa but tak kelakar actually. Aku hanya mampu senyum sumbing utk ambil hati and tak tunjuk muka awkward aku. haha. Kejam plak aku rasa. Tapi tapi apa reaksi yg patut aku bagi? Senyum tu dah kira baik sangatlah kan kan kan? =)

Thanks for reading! =)

Wednesday, April 30, 2014

Preparation for holiday - JAPAN !

First of all, dah lama tak jenguk diari online aku ni. semangat menaip nak share pengalaman aku ni. haha. actually, aku baru balik dari Jepun. aku pergi under kelab perakaunan dan aku sebagai exco jaringan alumni. kami semua pergi sana atas sebab program under Accounting Club UKM. memang mobility program ni kira macam aktiviti tahunan bg kelab akaun UKM. sambil2 berprogram tu mesti la bercuti jugak. alang2 dah pergi sejauh tu, of coarse kami semua ni akan berjalan2 kat sana. preparation ni banyak aku buat berpandu pada blog2 org lain yang dah pernah pergi sana. so, basic things la. paling penting, passport!
dan aku listed kan la barang yang aku bawa masa kat Jepun tu:
1. baju secukupnya - dinasihatkan tak bawa bnyk2 pun takpe. korang takkan rasa sweat pun sbb sana sejuk. masa aku pergi ni Spring season.
2. jaket/ sweater - more than 1 okay jugak sbb nanti tukar2 jaket je. so takdela pakai jaket sama kan. hehe
3. Kasut - dinasihatkan pakai la sport shoes wehh. korang akan bnyk guna kaki. kalau pakai heels or else tu buatkan korang rasa nak campak je kasut tu nnt.
 
4. toiletries - yg ni aku rasa tak bawa pun takpe. cuma bawa berus gigi,ubat gigi,pencuci muka. sebab masa kat Jepun tu hotel yg aku menginap they provide shower foam,shampoo and conditioner. shiseido lg uolsss. hah. korang tak percaya tengok  ni. original memg aku snap. haha (gigih). lebih dr cukup sabun ni kan. hotel sana bukan macam kat malaysia bagi sabun buku kecik comel tu:)
APA Hotel Higobashi, Osaka
5. For ladies, dinasihatkan bawa la shawl/pashmina/tudung ala madam rose tu sbb tak perlu iron pun. kalau bawal nak bawa pon its up to you. sbb memg kalau korang dah berjalan sakan, takde masa nak iron sebab balik hotel nak tidur je. telekung jgn lupa uolss. sebab kat sana korang takkan jumpa telekung wakaf melainkan korang jumpa student malaysia and borrow from them.

6.Ubat-ubatan - yg ni aku lupa nak masuk dlm beg. memula dah ingat nak bawak. elok je flight landing kat kansai airport tu terus aku rasa nak demam. dgn cuaca sejuk lagi kan. nasib baik ada kawan2 yg bawa ubat. atas dasar belas ihsan kwn2 la aku dpt ubat demam. 

7. Makanan segera/coklat/ biskut etc - salah satu sbb kena bawa kat Jepun susah nak cari HALAL food. sangat susah. melainkan korang pandai baca tulisan Jepun and cakap bahasa diorang so takde masalah la kan. Masa aku pergi Jepun ni, aku dibekalkan dengan makanan segera Brahim's tu. yg just masak guna air panas. hadap la makan Brahim's every night. 

8. Universal adapter - yg ni sngt lah penting uolss. sebab nnt korang tak dpt charge iphone,samsung,ipad,kamera korang tu. plug diorang lain. aku beli kat econsave je. rm14.90 :)

9. Botol kosong/wet tissue/tissue - yg ni sngt berguna bila korang pergi travel dekat negara yg tak de air dlm toilet. Botol kosong tu tersangat amatlah membantu. sebab kita ni memang dr lahir kalau berhadas kecil or besar akan bersuci dengan air. so wajib ada air. cara nak guna? hah. tu pun nak tanya. isi air dlm botol kat sinki luar tu dulu. lepas tu bawa masuk toilet. lepas tu lu pikirlah sendiri bro!

10. Beg tambahan - yg ni optional je. sbb kot la korang bnyk borong, lepas tu tak muat beg. takkan nak bazir duit nak beli kat sana kan. so bawa la beg yg boleh lelipat tu. in my opinion, Jepun is not suitable kalau korang nak shopping sakan. better balik Malaysia korang shopping.

11. Duit Yen - yg ni semestinya korang kena bawa. dan memg aku dah noted yg Jepun ni barang2 dia mahal. paling murah pun kedai Daiso kat sana 100 yen= rm3.24( ikut currency masa aku pergi ni lah). tapi Daiso pun hadoo kat Malaysia. haha. masa aku pergi ni aku tukar dalam 50000 Yen. tapi 20000 - 40000 yen dah cukup dah sebenarnya :)

12. Perlu ke aktifkan simkad untuk luar negara? bagi aku tak perlu kalau korang pergi sana by agent. sbb korang tak perlu nak search sendiri tempat korang nak pergi tu. semua dah di atur. dari tempat tinggal, transport,makan, everything dah diaturkan. so kalau takde line telefon pun tak jadi masalah. balik hotel guna wifi untuk contact insan tersayang. hihi

Next, aku akan share pengalaman seminggu kat sana. insyaAllah ^_^

Trip to Japan will be continued................................................

Monday, February 10, 2014

Holiday in Terengganu!

habis kat Kelantan, family aku gerak Terengganu. sesaja jalan org kabo. jalan2 Pantai Timur. hehe. kitorg duduk homestay kat Marang. so hari Sabtu just duduk homestay sebab penat. so esok tu baru jenjalan. tapi ayah aku tak ikut sbb kena hantar adik aku balik asrama. so just kitorg adik beradik je pegi. 2 tempat je yg mampu kitorg pergi. Taman Tamadun Islam and pasar payang je. kat TTI ni tunjuk bangunan2 Islam kat seluruh dunia. tapi sbb mood tak berapa nak up, dgn panas lagi, kitorg tak tengok secara menyeluruh. panas habaq hang.  sebelum pergi tengok monumen2 dalan TTI tu, kitorg naik river cruise. nak masuk tu kena bayar RM 33 seorang dewasa. harga ni untuk River cruise and masuk TTI tu. kalau tak silap aku la. hehe. untyuk kanakk-kanak 6 tahun ke bawah, free je masuk.
Masa untuk naik River cruise ni 45 minit. orang tu akan bawak jalan2 kat sungai terengganu tu. lalu pulau2 yg berdekatan kat situ. ada jugak orang tu cerita pasal sejarah pulau2 tu. 

River cruise and TTI :)
 habis kat TTI ni, pergi pasar payang. takde ape pun sngt nak beli. tp aku sebagai adik yg bongsu masa tu, just follow abg2 and kakak2 aku. masa kat pasar payang tu, kitorg lapaq sngt. dah waktu lunch pun. so abg2 aku decide makan dalam pasar payang je. kami ni tak tahu apa kan. datang main serbu je. so makan kat satu kedai dalam pasar payang ni. aku and adik beradik aku sesedap la amik lauk itu ini kan. sekali masa bayar. astagfirullahal'azim. mahai habaq ang. melampau gila pakcik tu. aku ambil lauk sotong satu,ikan kembung goreng and telur masin beserta air kosong. kakak aku amek sotong dua and ikan kembung goreng beserta air sirap. aku and akak aku kena RM24 !! melampau tak melampau pakcik ni. dia ingat kami ni foreigner ke ape nak cas macam tu sekali. abg aku pun makan sepinggan kena RM14. kalau kat bangi tu harga mcm tu boleh makan 3 hari punya. pengajaran utk kami satu keluarga la. org cakap, kalau nak murah kena cakap loghat diorang. ape ke kenegerian sangat. sesama ISlam dan sesama bangsa sendiri dilayan sebegitu. not fair. takpela. untuk pakcik tersebut, pakcik jawab dekat akhirat okay!
macam rushing sikit holiday kali ni. tapi takpe. quality time with family tu yg best. susah nak kumpul semua ada and bercuti macam ni. lepas ni bercuti kat luar Malaysia plak eh eh eh ayah :) hehe

Saturday, February 8, 2014

Cerita Kelantan.

Last week masa CNY aku and family aku pergi Kelantan. Hantar sepupu aku kenduri sebelah lelaki pulak. So, this was second time dalam sejarah keluarga sebelah mak aku kahwin dengan org kelantan. memang jauh. rasa nak patah pinggang ni duduk dalam kereta lama-lama. then, no highway. ayah aku ikut jalan gua musang. kot jumpa highway pon masa nak arah ke Bentong ikut Karak kan. tapi lagi kesian ayah aku. umur dah 56 tahun tapi kuat lagi nak drive ke Kelantan tu. gerak pukul 11 pagi.sampai kat Kuala Krai pukul 6 macam tu. family aku je tak duduk homestay yg pakcik aku sediakan tu sbb abg ipar aku booking risda punya rumah tetamu. so untung sbb abg ipar aku pegawai risda.so dah jimat kat situ. hehe. tempat kenduri sepupu aku tu kat nilam puri. dari Kuala Krai ada la dalam sejam mcm tu.
Kenduri tu hari Sabtu. esoknya kitorg kumpul kat homestay pakcik aku tu. gerak sama2 kat rumah belah lelaki. then, kitorang gerak ke rumah lelaki secara berkonvoi la. masuk je simpang nak ke rumah lelaki tu. rumah dia masuk ke dalam sikit. so aku mcm pelik la jugak. kenapa tak ramai org pon. mcm takde kenduri je. so sampai la kat rumah belah lelaki. guest what? ada 3 khemah je. and takde banyak kereta parking pon. macam just utk family2 je kenduri tu. berbeza dengan kat area2 utara,selatan ni. sangat ringkas dan tak ramai org pun datang. memg utk family2 and kenalan terdekat je aku rasa. sepupu aku pun memg tak nak spend more money utk majlis kenduri dia ni. kalau boleh jimat and cut cost she will do it. make up pon dia sendiri2 je. lagi2 kenduri kat Kelantan memg sangat" tersimple" lah. kenduri kat belah lelaki ni sekali dengan adik suami sepupu aku ni. 2 in 1 la. 



mengikut pemerhatian aku kat rumah2 yg aku lalu yg buat kenduri on that day, memg tak de pasang 7 8 buah khemah. tu yg aku nampak kat Kelantan. simple! 
itu cerita kenduri. ni cerita pasal kesalahfahaman bahasa dgn org kelantan. HAHA. kami ni memg tak reti kecek kelate langsung la. kitorg breakfast kat kedai pagi tu. abg ipar aku minta milo kosong. so mengikut pemahaman kita, milo kosong is no sugar or susu pekat manis tu kan. just serbuk milo dan air je. org kedai tu bg milo yg diletakkan gula. haha. memg manihh la habaq hang. abg aku sendiri pun terkena. biasa kat KL minta nescafe O ais. bila kat kelantan, dia ckp mcm tu, dia dapat nescafe O panas. haha. ayat yg sepatutnya yg patut dicakap, Nescafe O BEN! kebanyakannya kedai yg kitorg singgah, manih2 ayaq dia wehh. so memg setiap kali order, mesti kitorg minta air suam. 

org cakap OOTD. haha. Dress from The Poplook.
Shawl from @shawlforyou. boleh add instagram dia ye. banyak yg cecantik :)

Friday, January 24, 2014

Sambut Birthday My bestfriends ^_^

Hai! 
I'm gonna to tell a story about my bff. 
Actually birthday diorang bulan 11 hari tu. kan dah lama tak update blog ni kan. hehe.
so macam sesaja nak share tentang mereka. 
diorang ni kawan sejak sekolah teknik. makanya umur kami ketika itu 16 tahun la kan. and aku sngt2 bersyukur sebab Allah bg aku kenal orang2 yg baik2 mcm diorg dan kawan2 aku yg lain. kebetulan both of them birthday sama. 11 November (11.11). cantik tarikh kan. hehe. so aku ada plan sesuatu utk diorang. aku buat awal sebab kitorang x cuti masa tarikh 11.11 tu. so aku plan la nak ke Shah Alam ajak si Irfan ni. so Irfan ni duduk Sepang. dia jemput aku kat UKM dan kitorg gerak ke Shah Alam. jemput Izyan lepas tu kitorg jalan2 kat Setia City Mall. main boling and aku berjaya mengalahkan mereka. okay. bangga diri jap. haha.xda kaitan kan aku ni. so, after jalan2 kat SCM kitorang pergi UITM shah alam jumpa Mummy(nama sebenar dia Amieza tapi kitorg ni panggil Mummy). haha. jumpa Ain Rais sekali. tapi sayang Ain ada test plak malam tu. so, kitorg kat shah alam sampai malam. aku n mummy punya plan habis baik nk suprised kan diorg ni. tp preparation zero. haha. masa kat SCM tu aku dah dok pikior mcm mana nak beli barang2 nak suprised tu. takkan aku nak beli kek depan diorang. oh. no. tak boleh. so aku dapat idea nak beli big apple je ganti kek. hehe. after habis boling tu, aku cakap kat Izyan and Irfan nak beli big apple utk kawan aku kat UKM. so aku beli, then bawak ke hulu ke hilir la big apple tu. next kitorg jemput mummy kat UITM. and bawak keluar jalan. so kitorg decide pergi i-city je. masa berhenti solat, aku and mummy plan mcm mana nak suprised kan. that time mcm2 alasan kitorg bg masa berhenti solat kat giant seksyen 7 tu. sbb kitorg nak beli lilin. cari kat giant takde, so aku baru teringat satu kedai serbaneka ni. even aku bukan duduk situ, aku pernah pergi sebab akak aku duduk situ. so cari punya cari kat kedai tu, nak cari lilin nombor 21 but then tak jumpa. so decide beli no 11 mewakili 11.11. dan kitorg beli jugak topi tinggi tu. sesaja nak kenakan diorang. haha. (jahat kan) sekali setahun je. hehe.  next, kitorg terus pergi I-city. Masa nak masuk i-city tu aku n mummy dah puas jalan laju nak tinggalkan Izyan n Irfan jalan sesama. tapi tak boleh. sebab Izyan ni pemalu. Aisehh. puas la nak lari. last2, kitorang buat tak tahu je. masa sampai dekat satu port duduk ni, aku n mummy puas paksa Izyan n Irfan p beli air. tapi taknak. so Irfan pergi sorang2. at last,aku decide buat jela terus depan diorang.tak yah suprised terkejut apa bagai tu. haha. so menjadi suprised kami yg on the spot tu. alhamdulillah diorang happy dan aku pun happy sesangat. :) TQ sobat2 ku. So ada aku nak share gambar2 kami that time. huhu


Tq SAHABAT2 yg tersayang :)

Drama Melayu ^_^

Hallooo.. 2 hari tak hadap blog. hehe. bila dah ada benda nak buat, memg tak buka sngt la. sorry my cute miut blog.(perasan!) . lately aku tetiba nak tengok drama2 melayu yg sebelum ni org duk perkatakan. noob nya rasa sbb baru nak layan. haha. puncanya aku tertengok kat tv3 pukul 7 tu. cerita Ariana Rose tu. tak silap hari selasa. sebab bilik aku sebelah je dgn tempat tv so entah macam mana aku ada mood plak nak layan tv then tukar2 channel then buka la tv3. then terus melekat. haa. ambik kau. aku kalau dah layan drama ni tak nak miss. so utk following days aku tengok la. and aku terminat pulak tengok. then, aku baru teringat kat kawan aku si nasiaq tu bg link utk tonton online. so aku bukalah link tu. then cari drama Ariana Rose ni aku terus tengok dari episod 1. haha. so, the whole night aku layan drama ni sampai pukul 3 pagi. haa. marathon habis. makanya memang aku tak layan social network yg lain.pesbuk ke,twidder ke. aku tak buka sngt. so, dah habis tengok episod2 Ariana Rose yg lepas, aku layan plak Playboy itu Suami Aku. Fattah Amin yg mereka duk admire sngt tu. aku tengok kaku je. rasa mcm tergelak sbb cerita tu macam skema je. but then, aku layan jugak la sebab rasa mcm ok la that drama. tapi Ariana Rose awesome even Tengku Adam Kamil kadang2 aku rasa dia mcm kaku jugak, kadang2 rasa macam dia tu ada style abang Aaron Ajish (abang okay?!) haha. Banyak plak aku mengkritik. its not mengkritik just bagi pendapat. jangan marah saya ye. hehehe. as pendatang baru, they are quiet good and boleh baiki lg. tapi awesome la juga. So, next ni aku nak layan drama lain. k bai. XoXo^_^


Wednesday, January 22, 2014

Just a wish


Be good to your friends. Be a true friends. Biar org buat kita, tapi kita sentiasa curahkan kebaikan pd org. Let they be by their own way. Just move on and happy with ur life. 

~pesanan ikhlas dr penaja~
Goodnight XoXo~

Tuesday, January 21, 2014

I'm a beach lover ~ Sibu Island ~

Hai awak2 semua. 
I wanna tu ask.
Are you beach lover?
Yes? No? Yes?Yes?
Hari ni nak cakap pasal pantai,laut. pasir dan yg seangkatan dengannya. Actually, malam td sesaja mesej irfan ajak pergi sabah. then, pagi tadi dapat mesej dr dia. Pelik dia aku ni dah kenapa tiba2 kan. haha.
Aku sesaja je nak pergi sana sbb aku nak pergi Semporna. sebab aku suka pantai dia. cantikk sangat. Tak tahu kenapa banyak2 pantai, aku terpikat dgn Semporna. okay. Then irfan tanya pernah dengar Sibu Island? Memang tak pernah la. and 1st impression aku, aku ingat Sibu Island ni dekat Sarawak. Si Irfan cakap Sibu Island dekat Johor. Ohh. ang serius ke ni irfan? ke ang memain nak kenakan aku. haa. gitulah reaction aku. Then, aku google lah. and memg betullah kat Johor. haha. sorry irfan sebab tak percaya. haha.
Okay. Sibu Island is in Mersing. (Tempat BFF aku ni Tqanadia). Aku google pasal Sibu Island ni and of coarse google image terus sbb nak tengok pantai dia. And and and, memg cantik sangatt. subhanallah. Cantik tak terkata. Should go there sebelum ke Semporna. Aku rasa skrg aku ni beach lover tahu tak. tapi malangnya rumah aku bukan berada berdekatan dgn laut. T_T  Aku nak tidur semalam dua kat memana resort yg betul2 berhadapan dengan laut. Feel dia mesti seronok gilaa. So, mana yg tak tahu pasal Sibu Island and baru tahu (macam aku), ni gambar yg aku nak share yg aku ambil dr google immage sajoo. kalau korang find out sendiri kat google image pun boleh :)

~ihsan google image~


Ok.dah. Bye XoXo

Monday, January 20, 2014

2014 entry!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Wujud lagi blog ni rupanya. haha. long time no story morry. maafkan sy wahai blog. tuanmu telah melupakan mu. And now she's getting back yoww. *lap-lap habuk dekat skrin lappy* .. last update blog on 4 August 2013. kira sendiri berapa lama dah tinggalkan 'kau'. haha. entah kenapa tiba-tiba nak try sign in 'kau' dan password 'kau' aku masih ingat. syukurlah. And bila dah sign in, disebabkan dah masuk tahun 2014, so kena ada azam baru dan wajah baru utk 'kau'. so header aku buat baru utk 'kau'. so tahniah sbb dah berwajah baru sikit. nnt sikit2 aku cuba touch up lagi kalau aku rajin. haha. actually, cuti semester ni boleh la nak hadap 24 jam kan. dah masuk belajar balik, tak dapat nak janji utk berblog. hewhew~~
Cuti semester ni aku duduk rumah sambil tunggu org pinang. ehh. tipuuu. takde org nak pinang lagi oii. T_T
Okay. 2014 i will turning to 22. so pesanan utk diri sendiri, PLEASE! PLEASE! be matured like ur age. kalau zaman2 dulu, umur macam aku ni ramai dah kahwin. sekarang umur macam aku ni masih dipandang seperti budak baru nak 'up' . haha. ok bai.

Quote Of the day:
(p/s: tq BrainyQuote)