Tuesday, October 7, 2014

Accounting Week 2013/AcW'13

Sebenarnya AcW'13 ni dah lapuk dah. haha. dah nak masuk setahun pun program ni. Aku nak #throwback je. Tapi saje aku nak cerita kat sini apa benda pekdah kekdahnya AcW'13 ni. Actually, dia akan jadi moment yang aku takkan lupakan bila aku kena manage one of the big programme we olls untuk AccUKM sesi 2013/2014. Meh aku perkenalkan tenaga kerja aku dan sahabat-sahabat exco aku yg sangatlah AWESOME!

video
Enjoy this video!
 Majlis Tertinggi dan Exco Kelab Perakaunan UKM sesi 2013/2014.
(sekarang dah mantan pun.. haha )

Kengkorang kenal tak aku yang mana? hahaha.  Aku pegang jawatan Exco Jaringan Alumni dalam AcCUKM sesi 2013/2014. Sekarang aku dah jadi mantan exco pun. hahaha. Untuk program AcW'13 ni aku as Timbalan Pengarah . AcW'13 ni memang program tahunan untuk Kelab Perakaunan UKM (AcCUKM). Program ni selama seminggu. haa? Seminggu? lama baq ang! apa pengisian program ni sampai seminggu plak? Banyak persoalan mungkin yg berlegar kek pikiran ekau sumoo ni haa kan(osah dah keluar loghat nogoghi den ni haa).. Part ni la kena tunjukkan pemikiran gaya mahasiswa/i yang disarankan. Idea-idea yg bernas dan menunjukkan seorang mahasiswa/i yang mempunyai visi dan misi untuk mengilhamkan masa depan. haa. gitu kauu. UKM sangat gayanya. Teeee heeee~~

Persediaan utk AcW'13 ni uollss, ambil masa berbulan-bulan. meeting pun 50 juta kali aku rasa. haha. ni propa lebih pasal meeting tu. Tapi memang meeting kerap kalilah diadakan. Every week!! Tahu tak tahap kestressan masa tu macam mana p diaaa. Tapi bila lagi hangpa duk nak ghasa pengalaman yg tak boleh dapat kat mana-mana sekalipun. (dah duk loghat utagha plak aku ni. kecelaruan identiti sebab stress sngt mungkin. haha). Kawan-kawan yg susah senang duk nak jayakan program ni. Aku dgn Pengarah aku memang berusaha untuk menjayakan program ni. Pengarah aku nama dia Fahmy a.k.a Jobot. tang mana dapat nama Jobot aku pun tak tahu. haha

This was the closing of AcW'13 that was held at MMU, Cyberjaya. Sports Day. Luckily, MICPA sudi nak cooperate dengan kitorang untuk AcW'13 ni.

Boleh kata besaq jugalah program ni sebab masa ni la kitorang kena kumpul dana yg banyak for the same time untuk next program kitorg. Marketing tu jangan cakaplah. We olls kena buat all out! Macam mana nak buat program gempak gempita kalau tak ada dana kan? Dana ni kena cari atas usaha setiap ahli jawatankuasa aku. chop! Chop! Jangan la ingat aku mengarah je anak-anak buah aku plak. aku pun turun padang uolss. Ke hulu ke hilir aku merayau merata dengan anak-anak buah aku untuk cari dana. Part cari dana ni memang kena tebal muka sikit. Ehh.. Bukan sikit. Banyak jugak kena kasi tebal muka. Yela. hal-hal duit ni ang ingat senang ka oghang nak bagi and percaya kat kita. Dalam marketing kena ada give and take. Dia bagi kau dana, then apa sumbangan kita kat depa pulak. Part ni kena pasang strategi baik-baik. Itu nama give and take. Okay? Paham anak-anak murid ku? =)

Alhamdulillah. Program berjalan lancar. Walaupun ada la jugak sikit dua tiga masalah tu. But, semua bisa dibereskan dengan baik. Mana ada program yg takde wujud sebarang masalah last minute kan? Kalau ada program yg takda masalah last minute, ang pa habaq kat aku. Aku nak berguru dengan depa.

Bukan jawatan tu yg kita nak duk sanjung berebut, tapi ilmu dan pengalaman luar dari bidang akademik tu yg kita nak kaut. Because life is not just the knowledge but it is about your experience too. Banyak mana pengalaman yg kau boleh lalui tak kira pahit,manis,masam,masin, kelat, payau ke. Itu semua proses nak belajar. 

Banyak yg aku dapat sepanjang aku and kawan-kawan aku yg lain manage program ni. Terlampau banyak. Nampak mudah, tapi tak semudah ABC uollss. hehehe. Cabaran tu jgn digentarkan, tapi gentarkan bila pengalaman hidup kita zero. nothing!  =) 

Thanks for reading! =)





Nama samaran

Korang ada tak nama samaran yg tetiba terkeluar dari mulut kengkawan korang. Benda tu spontan je keluar bila dia panggil kita and kau pun pandang dia umpama kau mengiakan panggilan tu. Macam aku sendiri dah banyak nama yg kawan-kawan aku bagi. Haha. Typical Malaysian la kan pasal nama samaran ni. Ada je nama yg akan melekat kat kita sampai ke besar. Maybe boleh sampai ke tua sebab orang dah kenal kita dengan nama samaran. Macam kawan-kawan aku sendiri ramai ada nama samaran contohnya Luncai, Bilot, Balot, Beck, Grunge, Bear and ramai lagilah. tapi mostly lelaki la yang nama samaran diorang ni memacam. Aku tak tahulah macam mana nama-nama ni boleh terkeluar idea kat diorang. hahaha. sampai kadang-kadang aku tanya kat kawan aku ni, kenapa diorg panggil 'Luncai' padahal nama dia sedap, Afiq. haha. Aku ada beberapa nama yang kawan-kawan aku bagi mengikut zaman. hahahaha

1. Maz
Kalau nama 'Maz' ni sebab nama sebenar aku Mazni. So diorang pendekkan jadi Maz. Nama ni zaman aku sekolah menengah rendah. Nama ni still dipanggil sampai sekarang mengikut kawan-kawan aku yang tertentu.

2. BamBam
BamBam ni diilhamkan oleh kawan aku nama dia Amieza. haha. ni zaman aku menengah atas kat sekolah teknik. sebab pipi aku ni la menyebabkan wujud nama BamBam tu. Pon boleh ke sebab pipi je kawan aku dapat ilham nama tu. Sampai sekarang dia duk panggil aku dgn nama tu. Dia jela yg panggil nama tu. Tee heeeee~~

3. Dora
Nama Dora ni aku rasa nak gelak betul.  haha. Nama ni pun wujud masa sekolah teknik. Diilhamkan oleh Cik Ain Rais prefect sekolah. hahaha. Sebab nama ni wujud dia kata pipi aku macam kuih Dorayaki doraemon tu. kau rasa kelakar tak? kelakarkan? korang cakap ye! jgn buat aku malu sensorang. haha. 

4. Ninie
Nama ni zaman aku matrik. Ni kawan baik aku yg bagi, Cik Tqanadia. haha. Aku tak tahu macam mana dia dapat idea ni. Tapi aku rasa dia dapat idea dari huruf belakang nama aku. Mazni. So jadilah Ninie. Macam-macam nama aku dapat. Nama ni masih dipanggil oleh kawan-kawan matrik aku. 

5. Majni
Nama ni tukar huruf je. Z jadi J. haha. Tapi nama ni masa aku sekolah rendah ada sorang cikgu ni panggil aku Majni. hahaha. Then, zaman U si Irwan yg duk panggil aku dgn nama tu so yg lain pun terikut panggil aku dgn nama tu. haha. Yela kan. Kawan-kawan ni beri pengaruh besar. So, betullah org cakap jgn salah pilih kawan, kelak merana diri. haha. ehh. tapi kes aku ni takdelah bagi pengaruh negatif. 

6. Maznon
Haa. ni nama si nadhirah, Wanie and Aniyah yg ilhamkan. Biasalah dia nak tukar huruf vowel kan. Jadilah 'Non' belakang nama aku tu. Asal boleh diorang ni. hahaha

Nama-nama di atas still wujud dan dipanggil oleh orang-orang tertentu je. haha. Tapi kalau aku pergi kem or program tertentu, masa sesi taa'ruf or sesi perkenalan diri. aku akan perkenalkan diri aku, 

"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Normazni Binti Ab Hamid. Boleh panggil saya Maz" 

Haaa. gitu taw dialog dia. hahaha. Sebab aku rasa nama Maz tu lebih afdal dalam keadaan yg formal.
And, aku takde kesah apa pun diorang nak panggil aku nama apa sekalipun tapi jangan plak nama yg tak elok kan. sebab aku bukan pengesah sngt. pengesah pun boleh. hahaha

Kadang-kadang, nama samaran tu sangat membantu untuk kita ingat muka orang tu. Bila zaman dah berubah, zaman maisng-masing ada haluan sendiri. Bila ada orang nak sampaikan 'news' berkaitan hidup si polan ni, dia akan sebut nama penuh dan kau macam 'haaa? siapa eh? aku tak ingatlah. dulu orang panggil dia apa? Aku tak tahu nama betul dia." Then kawan kita tu akan cakap, 'ala dulu orang panggil dia BamBam tu.' and kau like, 'Ohhhhhhhhhh. Dia tuuu. BamBam. Aku ingat. Aku ingat.'

Haa. Uollss nampak tak nama samaran tu beri peranan penting untuk orang ingat kita. heeee~~

Thanks for reading! =)