Sunday, June 3, 2012

Tinggal kenangan :(

Assalamualaikum..kali ini aku menaip blog dengan keadaan hati yg sedih dan menangis. tidak tergambar perasaan ini mcm mana..tidak terluah dengan kata-kata.pilu,sayu,sedih dn bermacam-macam lagi. For the second time,aku dapat khabar berita tentang pemergian seorang sahabat baik ku menemui sang Pencipta. Ya Allah,aku tak kuat menerima berita ini tetapi ini semua ketentuan Mu ya Allah.aku redha.aku pasrah. tidak sampai 6 bulan selepas pemergian arwah Ubai,semalam tanggal 2 Jun 2012,Ketua pelajar Sttj 2009,Mohammad Noornazmin meninggalkan dunia ini untuk menemui yang Maha Kuasa. Ya Allah,kau tempatkanlah sahabatku ini dalam kalangan orang yang beriman.Kau ampunilah dosa-dosa sahabatku ini. aminnn..

aku jadi fobia dengan perkataan motor. kedua2 arwah sahabat aku ni menemui ajal kerana kemalangan motosikal. tapi,jika sudah tertulis hayatnya sampai situ saja,sebab apa pun dia meninggal itu hanyalah penyebabnya.Siapa  kita untuk menolak takdir Allah..Ya Allah,kau kuatkanlah dan kau berilah ketabahan kepada kedua ibubapa,keluarga kedua2 sahabatku ini. Sesungguhnya ini ujian yg besar untuk ahli keluarganya.

Sahabat aku,arwah Nazmin terlibat kemalangan bersama adiknya.Arwah Nazmin meninggal di tempat kejadian dan adiknya meninggal ketika menerima rawatan di hospital. Sungguh besar dugaan buat keluarga arwah ini. sbb kehilangan dua org sekaligus. moga mereka tabah,ya Allah. Semalam,aku pergi melaka.pergi rumah arwah. ramai kawan2 sekolah aku pun ada.ada dalam 10 buah kereta kalau ikutkan. tapi aku tak sempat nak tengok arwah buat kali terakhir. tapi aku tetap bersyukur sebab aku dan budak2 ni selamat sampai kat rumah arwah bila sampai je tersangat jem. ramai sangat orang. aku tak sempat jumpa mak arwah. and sementara tunggu budak2 laki balik dari kubur,aku borak dengan makcik arwah. macam2 kami borakkan.Daripada Allah kita datang,dan kepada Allah jua kita kembali..

 aku balik pon dah lewat.ada dlm pukul 1 lebih.then sampai rumah abg aku pukul 3 lebih.thanks buat Afiq and anwar. sebab hantar sampai rumah abg aku. Afiq pun 1st time jumpa abg aku. alhamdulillah..nampak sngt sikap tanggungjawab afiq ni.aku terharu sangat2. dalam hati aku bersyukur sebab dia jaga aku.. take care pasal aku. and paling terharu bila Afiq minta maaf kat abg aku sbb hantar aku balik lambat. thank you so muchhh !!

# kawan2,awak2 kalau bawa ape jenis kenderaan sekalipun lah please berhati2.nasihat untuk diri aku jgakk..salam takziah buat keluarga arwah..Al fatihah..
-budak baru belajar !