Wednesday, June 26, 2013

semester break yowww!

Assalamualaikum u olls.
okay2.now as a student,kami sedang semester break.yuhuuu..yess..cuti u olls.. sampai bulan 9 and bermakna aku akan berpuasa selama sebulan di rumah. haa..last year,tak dapat puasa kat rumah sebab buat "shortshem" in malay semester pendek.hewww.. okay. ni rajin merepek sambil2 tunggu pukul 12 malam sebab nak tengok certia Aishiteru.Sinetron2!hahaha. plan cuti-cuti ni macam ekcelli. teringin nak kijee tapi tapi mesti tak dibenarkan.so,duduk di rumah ni aku nak buat kuih muih,biskut2 and belajar memasak.haa. esok2 nak buat kek batik.shedapnyee..dah terbayang dah ni keenakan kek batik yg super simple tu.
ni aku google je.haha

lepas tu lepas tu aku nak buat ni.
cookies2.ni google jugak.
aaaa,,shedap2..gulpp*telan air liuq* ..okay2.next plan nak workout utk kuruih.. waa..baru skang rasa badan makin membesar. ekcelli2,ayah aku ada beli herbalife kan set 2k punya.sapa nak makan woii.. so,aku la yg akan makan benda tu.huhu..yee..dh nekad nak mula workout.dah cakap dgn nadia,nanti naik sem jgn terkejut tengok wajah baru aku.haha.so,haruslah aku buktikan.jyeahhhh!

okay.hidung tersumbat,demam ekcelli.huu.. k bai.assalamualaikum.

~waiting for ramadhan~

Wednesday, February 6, 2013

nak share sikit :)

Assalamualaikum ..

malam ni rajin pulak aku nak buat cerita lagi. aku nak share sikit pasal isu yg org perempuan suka sngt2.pasal beauty. atau penjagaan kulit. aku punya kulit ni takdelah lawa sngt. tapi aku nak share perbezaan product yg pernah aku guna.first skali mula2 aku akil baligh,aku guna produk ni...

gambar dr belas ihsan pak google :)


Safi Balqis!yes.safi! tapi aku ak guna semua produk safi ni.aku guna benda asas.pencuci muka and toner.memg wajib la dua benda ni.krim kecantikan safi aku guna kadang2. tak dinafikan,memg produk ni okey dgn aku,sesuai je. ada la dalam beberapa tahun aku setia dgn safi ni. then,tahun 2012,aku try la produk lain.. saja nak buat eksperimen kat badan sendiri.aku try pulak produk ni...

juga dr belas ihsan pak google :)
haa..yes!GARNIER! aku try pencuci muka,losyen and pelembap muka dia. aku rasa produk ni tak sesuai dgn aku.jerawat makin membiak2 ada laa.. menyebabkan parut bertambah. dan eksperimen aku tak berjaya nampaknya.dan..dan..dann..aku cuba lagi satu eksperimen..aku try produk ni...

ihsan google :)

haa..produk dari Himalaya Herbals! beli2 je aku terus guna..aku beli kat watsons dgn harga RM23.90.. quiet ok laa sbb bekas dia gemok dan besar. even pencuci muka aku yg lama tak habis lagi.excited sngt nak buat eksperimen.and..and..and.. serius!aku sngt suka ini produk.kulit muka aku rasa licin and tak rasa kering pon.apatah lagi berminyak..dan memg aku dah falling in love dgn produk ni.aku ada la terbaca satu blog ni baru2 ni,kalau pencuci muka kita tu mengeluarkan sedikit buih,means pencuci muka tu bagus.sejauh mana kebenarannya,aku tak pasti.pencuci muka himalaya ni pon tak keluarkan buih yg bnyk.best gunaa!nnt nak buat eksperimen syampu dia plak. :)


esok 7.30 pagi,ayah ajak pergi servis kereta..-.- till meet again.daa~~



sarawak is the best!

Assalamualaikum..

oke u olss.. 22 januari hari tu,aku pergi sarawak.ada program khidmat masyarakat yg dianjurkan PEMASRA UKM.tahu dop PEMASRA tu hapoo??

its stand for persatuan mahasiswa anak serawak.actually aku bukan anak serawak pun.aku anak nogoghi..haha.tp belot jap seminggu.program ni pemasra buat open.bayar rm300 je.tiket belon pergi and balik.murahkan?!thats why aku ambik peluang ni..

22 - 26 januari 2013

aku terbang ke sarawak.and kami ada program anak angkat kat kg.tambirat,samarahan.then,ajk umumkan keluarga angkat.aku dapat dgn nadhirah.nad ni sama sekolah,kelas,matrik ng aku. then,dapat la satu family angkat.family angkat aku ni baik sngt.ada dua org anak je. duk kat rumah mak aku ni,makan je.and aku rasa memg badan aku naik la duduk kat sarawak.memg mereka layan kamek org tiptop sngt! masalah bahasa mula2 susah jugak nak faham,tp lama2 dah boleh faham apa dorang cakapkan.aku belajar sikit2 la kelaka sawak ni..then we all ada aktiviti sepanjang kat sana.


  
       program bersama pelajar sk tambirat.
sambutan maulidur rasul di masjid kg.tambirat 

malam penutup :)

26 Januari 2013

on that day,kitorang dah gerak ke wisma wanita.tempat kitorang menginap utk 4 hari before balik semenanjung.before kitorang sampai kat wisma wanita tu,kitorang singgah dulu kat rumah kebajikan Laila Talib untuk beramah mesra dgn anak2 yatim kat situ.and buat aktiviti kumpulan sikit dgn diorang.after selesai semua,kitorang gerak ke wisma wanita.tak jauh dr rumah Laila Talib tu.

bersama anak2 yatim di rumah kebajikan laila talib,kuching.
disebabkan takde aktiviti dah malam tu,aku telah plan utk keluar dgn azmeer.sapa azmeer?oke.dia adik angkat aku.lepas aku habis SPM,memg dah takde jumpa or berhubung langsung.and akhir tahun 2012,aku jumpa dia balik.tu pon lepas aku add dia kat fb and dia bagi nombor dia kat aku.petang tu dia sewa kereta.2 bijik.bawak aku dan 7 org lagi kwn2 aku.HAHA.memg terbaikk.. sanggup kwn dia berkorban utk kamek org.dua org kwn dia terpaksa duduk kat bonet kenari tu.bayangkan padat kete kenari tu dengan 8 org.aku naik viva dgn azmeer.so tak padat mcm kenari tu.HAHA.
kak nazma,puteri,uty and aku


kawan2 aku .love them :)

ni kami semua with azmeer :)

ni la azmeer.org kata dia mcm faizal tahir.HAHA


27 januari - 29 januari 2013

oke.sepanjang tarikh ni banyak aktiviti kitorang pergi jalan2.shopping2 kat kuching tu.. tapi masa 28hb kitorg pergi rumah sri kenangan.rumah orang2 tua.sempat aku berkenalan dgn beberapa org nenek dalam rumah tu.yg betul2 bg kesan kat aku,nenek Yak. aku sayu sngt tengok nenek ni.nenek Yak baru sebulan lebih masuk situ. dan sebab dia dihantar kat situ sebabnya sama mcm kebanyakan kes.isteri anak tak suka lah, dan mcm2 lagilahh.aku duduk teman nenek Yak sehari tu.urut2 dia. borak2 dgn dia.sedih hati aku bila nenek ckp,kalau tiap2 hari datang,penyakit nenek pon boleh sembuh. nampak tak kat situ,nenek perlukan perhatian.kenapa ada orang masih tak hargai seorang ibu.mcm2 pengorbanan dah seorang ibu tu buat utk anak2 dia.masa aku nak balik tu,aku bg hadiah kat nenek,nenek menangis sambil peluk aku.aku memg tak dapat tahan la.aku menangis jugak.berat nak tinggalkan nenek Yak.doa aku untuk nenek sentiasa menemani dia.InsyaAllah ada rezeki dan umur lagi,aku nak pergi rumah tu,nak lawat nenek lagi.insyaAllah.
org lain tak syg nenek takpe,tapi kami anak UKM syg nenek sngt2.

nampak tak nenek gembira.siap buat peace lg ^_^

alhamdulillah.kedatangan kami anak UKM,buatkan penghuni Rumah Sri Kenangan  gembira!=)


nenek Yak yg comel :)
kau orang boleh tengok sendiri kegembiraan nenek. sampaikan aku suruh dia rehat,dia taknak sbb dia kata,lepas ni dah tak jumpa kitorang.walau pun sekejap je dapat beramah mesra dgn penghuni Rumah Sri Kenangan ni,aku sngt2 terharu bila dapat gembirakan nenek2 dan atuk2 kat rumah tu.insyaAllah,ada umur dan rezeki,kami datang lagi.

29 januari 2013
last day aku kat bumi sarawak.pukul 2 petang,kitorang dah sampai airport sebab ada kawan2 aku flight pukul 5.30 petang.aku punya flight pukul 9.40 malam!haa.. kau orang bayangkan aku melangok kat airport dr petang sampai malam.and nasib baik ada orang sudi teman aku sepanjang kat airport tu.Faizal Tahir taw yg teman aku sampai malam.HAHA.mohon jeles ullss :p TQ FT:)

ni la Faizal Tahir versi rambut pendek.HAHA

alhamdulillah.semuanya berjalan lancar dan selamat.. seronok duduk kat Sarawak selama seminggu ni. pengalaman yg susah nak kutip.semoga Allah merahmati kita semua.until we meet again.daaa ~~
                                       

Sunday, February 3, 2013

opkim=holiday

Assalamualaikum. dah lama tak update. buzy berprogram.on 22 januari until 29 januari,aku berada kat sarawak nun. berkhidmat masyarakat.nanti aku dah free free sikit,aku buat entry pasal sarawak.


@damai,santubong
tengok gambar tu boleh nampak cahaya kegembiraan kamek org kan..hehe. till meet next entry.babaiii ^_^