Thursday, November 13, 2014

Perempuan dan Online Shopping!

Assalamualaikum.

Hai aku tanya apa khabar? weeeeeeeeeeeeee~~
okay. hangpa dok buat apa tu? aku bosan baq ang!
rasanya sepanjang berpraktikal ni, aku banyak post entry. haha. padahal bukan ada sapa dok nak baca pun. saje nak 'SS' sebab aku rasa bila cerita kat blog mcm release something. hahaha. 
kau gelak sesorang. merapu sesorang. bukan ada sapa nak baca pun. hewhewhew.

siapa hat yg suka online shopping tu? angkat kaki! aku rasa OS ni mcm satu virus yg wujud dalam diri. dia jenis yg pantang nampak something cantik, pastu harga mampu milik. memang kau nak beli. lagi - lagi, memang kau ada buat online banking. ish ish ish. memang bahaya gituu. dia cam laju je nak tekan 'add to cart', isi form, bla bla bla... tup-tup, dia tulih 'successful'! haa. dalam sekelip mata ja account bank dah minus (-) 100, baki RM9XX. contoh contoh la aku bagi. masa tu baru rasa macam sedikit penyesalan. hahahaha. orang kata menyesal tiada gunanya.
kann?????!

Aku boleh kata dikategorikan ada virus ni sebanyak 50 percent. hahaa. 
aku akan OS kalau aku betul-betul nak beli something tu especially baju. sekarang memang macam-macam jenis OS yg jual itu ini. tapi beware lah! takut kena tipu. alhamdulillah setakat ni aku masih selamat dalam hal-hal macam tu. 
baru-baru ni aku ada beli handbag secara online. for the 1st time aku beli handbag through online. sebabnya web OS tu dia buat sale gila-gila. siapa tak gila tengok harga gila macam tu. haha. 
ni punca aku takde kerja kat office and boring ya amat, tangan aku gatal p buka blog, and tengok Namee Roslan ada update. aku dengan yakin tekan la blog dia and baca. aku memang suka baca blog orang instead aku yg berblog. haha. kak namee dia cerita pasal web tu. aku pun dengan teruja tekan link yg kak namee letak. jeng!!
terkezzzuttt iols. buka-buka web tu,ada tulis RM11. 90% off. perasaan ingin tahu tu membuak-buak lagi. almaklumlah, remaja memang perasaan nak tahu tu, terlalu kuat. (remaja sangat). hihihi
tak semena-mena aku pun tekan lah 'woman clothing' > 'woman bags'. sebab aku memang nak mencari handbag. handbag aku dah rosak. :( so, its not kehendak la kan. one of keperluan jugak la kan? walaupun kehendak tu ada sesikit. sikit je. hahaha.
oh ya. ni link website tu http://www.nile.com.my/  .Mesti ramai dah tahu pasal website ni. aku je yg baru tahu. hahaha. noob gila rasa -.-"abaikan la ke 'noob' an aku. 
sempena 11 November 2014 diorang buat sale ada certain barang berharga RM11.00. and barang-barang lain diberi diskaun sebanyak 90%.  so, aku rasa rugi kalau tak beli. makanya aku beli jugak selepas buat timbang tara dari pelbagai sudut. 

aku telah berjaya dapat handbag yg aku beli dr nile.com.my hari ni. simple je untuk bawa p kelas pun boleh. muat file ka buku ka. murahh. RM13.90.
perempuan dengan handbag besar normal dah sekarang sebab boleh letak macam-macam. telekung ka, ipad,galaxy tab,iphone 6, botol susu anak, barang mekap ke. all in one. hahaha