Wednesday, October 15, 2014

JAPAN Part I

Siapa suka travel? aku boleh jamin semua orang suka travel kan. tak kisah luar or dalam negara.
hari tu aku ada buat entry pasal preparation nak ke Japan. Baca SINI untuk tengok entry tu. Kali ni aku nak story lepas aku landing kat Bumi Jepang.
Flight aku dari LCCT pukul 12 malam. Kitorang guna Air Asia X. Pasal hal ehwal tiket aku tak tahu sngt berapa harga dia sebab aku pergi under program kan. So, setiap org dah diberi tugas masing2. Oh. Btw kitorg pergi under agen yg dilantik. So, lagi senang la perjalanannya. Cuma mahal sikit sebab bukan pergi sendiri. Ni semua aktiviti dah diaturkan. Just pergi sana and ikut je apa diorang aturkan. Perjalanan ambil masa 6 jam. Btw, sebelum kitorg pergi Japan ni which is bulan April, tragedi MH370 baru je jadi. 8 Mac 2014. So, masa ni boleh kata la jantung aku dupdap jugak nak naik kapal terbang. Tapi, yg aku bersyukur parents aku restu je aku pergi Jepun tu sebab parents aku cakap benda nak jadi, bila2 boleh jadi. Baca doa. aku ingat lg, sebelum aku naik flight, ayah aku sempat whatsapp doa- doa semua. Alhamdulillah, kitorang selamat pergi and balik. 
Berbalik pada tajuk asal. Kitorang sampai  memang on time. Alhamdulillah syukur. Thanks pilot and crew! Kitorang landing dekat Kansai Airport. 

Rombongan Cik Kiah dari Malaysia =)

Ni la muka aku baru bangun tidur, apa kesah. semua sama tak mandi. hahaha.

Dari Kansai Airport, dah ada agen dr Jepun tunggu. siap bawa banner tulis 'UKM'. hahaha. rasa macam diberi perhatian sngt sbb orang sambut macam tu. Dah keluar airport tu, dah ada bas yg dah disewa khas utk kitorang. Naik bas. Mesti korang expect kitorang terus pergi hotel kan? jawapannya TIDAK uolss. Kitorang terus pergi Setsunan University. haha. 
Ya! We olss tak mandi pun. Pakai baju yg sama macam sebelum naik flight tu. kahkahkah. nasib baik cuaca sana tak panas. so, tak berpeluh. Sampai kat Setsudai ( Setsudai tu Setsunan University la. Setsu= Setsunan, Dai=University). Ni yg lecturer kat Setsudai bagi tahu la. Diorang panggil Setsudai=)
1st program kitorang dgn student kat Setsudai ni. Ada beberapa org student Setsudai ni ada pergi exchange student kat UKM and diorang fasih cakap bahasa melayu + Indonesia. tergamam tau 1st time dengar diorang cakap tu. rasa macam, wow!! org Jepun boleh belajar bahasa kita dgn baik. Salute!
Setsunan University (Setsudai), Osaka

Haa. And ni experience aku paling kelakar aku rasa. 1st and last maybe. Aku buat persembahan kat Setsudai ni. persembahan ape?? haha. SILAT oii. tak pernah hayat aku taw bersilat. tiba2 kat Jepun pergi bersilat. hahaha.
haaa. tak caya? tengok ni. hehe
Serius nau muka deknon tu. hahaha

 
ni student Setsudai. Dia yg nak ambil gambar dgn kami. hahaha *propa

Aktiviti kat Setsudai ni more pada santai2. Perkenalkan Malaysia, sesi share ilmu, masa ni la nak tanya macam2 kat diorang, jalan2 dalam kawasan Setsudai ni. And satu boleh cakap, diorang kebanyakan guna basikal. tak macam kat Malaysia, student pakai motor and kereta. 
Lepas habis kat Setsudai, kitorang pergi hotel? ehh tak tak. Kitorang pergi shopping dekat Shinsaibashi Station. kat situ macam street mall la. banyak kedai and kedai dia memanjang and panjang uolss. Tapi aku memang tak beli ape pun sbb dalam fikiran aku, "awal lagi nak beli barang. Baru 1st day. Mana tahu tempat lain lg best and murah." tak larat aku nak habiskan penjelajahan dekat Shinsaibashi Station ni sebab lepas turun flight terus berprogram. Mampu? Haha. Makanya kami pun........
Semua duk cari wifi. Konon nak wasap insan tersayang kat Malaysia. Lepastu nak check in tempat. Hahahaha. Semua jadi anti sosial senyap sunyi bila dapat online. 
Terima kasih "wifi Shinsaibashi Station"!! 
Continue with JAPAN PART II =)
Thanks for reading =)