Wednesday, April 30, 2014

Preparation for holiday - JAPAN !

First of all, dah lama tak jenguk diari online aku ni. semangat menaip nak share pengalaman aku ni. haha. actually, aku baru balik dari Jepun. aku pergi under kelab perakaunan dan aku sebagai exco jaringan alumni. kami semua pergi sana atas sebab program under Accounting Club UKM. memang mobility program ni kira macam aktiviti tahunan bg kelab akaun UKM. sambil2 berprogram tu mesti la bercuti jugak. alang2 dah pergi sejauh tu, of coarse kami semua ni akan berjalan2 kat sana. preparation ni banyak aku buat berpandu pada blog2 org lain yang dah pernah pergi sana. so, basic things la. paling penting, passport!
dan aku listed kan la barang yang aku bawa masa kat Jepun tu:
1. baju secukupnya - dinasihatkan tak bawa bnyk2 pun takpe. korang takkan rasa sweat pun sbb sana sejuk. masa aku pergi ni Spring season.
2. jaket/ sweater - more than 1 okay jugak sbb nanti tukar2 jaket je. so takdela pakai jaket sama kan. hehe
3. Kasut - dinasihatkan pakai la sport shoes wehh. korang akan bnyk guna kaki. kalau pakai heels or else tu buatkan korang rasa nak campak je kasut tu nnt.
 
4. toiletries - yg ni aku rasa tak bawa pun takpe. cuma bawa berus gigi,ubat gigi,pencuci muka. sebab masa kat Jepun tu hotel yg aku menginap they provide shower foam,shampoo and conditioner. shiseido lg uolsss. hah. korang tak percaya tengok  ni. original memg aku snap. haha (gigih). lebih dr cukup sabun ni kan. hotel sana bukan macam kat malaysia bagi sabun buku kecik comel tu:)
APA Hotel Higobashi, Osaka
5. For ladies, dinasihatkan bawa la shawl/pashmina/tudung ala madam rose tu sbb tak perlu iron pun. kalau bawal nak bawa pon its up to you. sbb memg kalau korang dah berjalan sakan, takde masa nak iron sebab balik hotel nak tidur je. telekung jgn lupa uolss. sebab kat sana korang takkan jumpa telekung wakaf melainkan korang jumpa student malaysia and borrow from them.

6.Ubat-ubatan - yg ni aku lupa nak masuk dlm beg. memula dah ingat nak bawak. elok je flight landing kat kansai airport tu terus aku rasa nak demam. dgn cuaca sejuk lagi kan. nasib baik ada kawan2 yg bawa ubat. atas dasar belas ihsan kwn2 la aku dpt ubat demam. 

7. Makanan segera/coklat/ biskut etc - salah satu sbb kena bawa kat Jepun susah nak cari HALAL food. sangat susah. melainkan korang pandai baca tulisan Jepun and cakap bahasa diorang so takde masalah la kan. Masa aku pergi Jepun ni, aku dibekalkan dengan makanan segera Brahim's tu. yg just masak guna air panas. hadap la makan Brahim's every night. 

8. Universal adapter - yg ni sngt lah penting uolss. sebab nnt korang tak dpt charge iphone,samsung,ipad,kamera korang tu. plug diorang lain. aku beli kat econsave je. rm14.90 :)

9. Botol kosong/wet tissue/tissue - yg ni sngt berguna bila korang pergi travel dekat negara yg tak de air dlm toilet. Botol kosong tu tersangat amatlah membantu. sebab kita ni memang dr lahir kalau berhadas kecil or besar akan bersuci dengan air. so wajib ada air. cara nak guna? hah. tu pun nak tanya. isi air dlm botol kat sinki luar tu dulu. lepas tu bawa masuk toilet. lepas tu lu pikirlah sendiri bro!

10. Beg tambahan - yg ni optional je. sbb kot la korang bnyk borong, lepas tu tak muat beg. takkan nak bazir duit nak beli kat sana kan. so bawa la beg yg boleh lelipat tu. in my opinion, Jepun is not suitable kalau korang nak shopping sakan. better balik Malaysia korang shopping.

11. Duit Yen - yg ni semestinya korang kena bawa. dan memg aku dah noted yg Jepun ni barang2 dia mahal. paling murah pun kedai Daiso kat sana 100 yen= rm3.24( ikut currency masa aku pergi ni lah). tapi Daiso pun hadoo kat Malaysia. haha. masa aku pergi ni aku tukar dalam 50000 Yen. tapi 20000 - 40000 yen dah cukup dah sebenarnya :)

12. Perlu ke aktifkan simkad untuk luar negara? bagi aku tak perlu kalau korang pergi sana by agent. sbb korang tak perlu nak search sendiri tempat korang nak pergi tu. semua dah di atur. dari tempat tinggal, transport,makan, everything dah diaturkan. so kalau takde line telefon pun tak jadi masalah. balik hotel guna wifi untuk contact insan tersayang. hihi

Next, aku akan share pengalaman seminggu kat sana. insyaAllah ^_^

Trip to Japan will be continued................................................