Thursday, October 23, 2014

Resepi Cekodok Mak Rosmah!

Hari ni aku nak share pasal satu resepi ni seperti tajuk di atas. hehe. Resepi Cekodok? alamak kau ni. setakat cekodok je pun. semua orang pandai buat. okay okay~~ aku tahu semua orang pandai buat cekodok ni. senang ya amat ye dok. chop! chop! try dulu resepi ni, pasti kau tak berhenti makan. haha
Resepi Cekodok Mak Rosmah tu bukanlah resepi isteri pak Najib ye. nama mak aku Rosmah. isteri kepada Pak Hamid. hehehe
Apa yg istimewanya cekodok mak Rosmah ni?
haa. kalau dah sejuk pun tetap rasa rangup. dan sedap. tak semua benda dah sejuk rasa dia sedapkan? tapi yg cekodok mak rosmah ni memang sodapp tekauu!

Suatu petang tu aku macam kecuq ayaq liuq terbayangkan kesedapan cekodok yg mak aku selalu buat. aku terus meluahkan rasa dan perasaan aku ni kepada mak aku. 

'mak, kakteh nak buat cekodok la. macam mana nak buat cekodok yg mak selalu buat tu?'

macam tula dialog aku. so, meh aku share resepi dia. senang sangat. rasanya mungkin ada yang dah tahu. haha.

Resepi cekodok mak Rosmah:
2 cawan tepung
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji kentang (sagat sajo. mudah) > atau boleh jugak guna carrot. optional
sedikit serbuk kunyit.
sedikit garam 
secubit soda bikarbonat
2 setengah cawan air


Cara-cara :
1. Masuk semua bahan2 di atas dalam satu bekas. kacau sehingga rata. Jangan terlalu cair dan terlalu pekat. Agak2 jela. kalau macam pekat dan likat, tambahlah air sikit-sikit sampai jadi cair sikit je.
2. Dah boleh goreng. pastikan minyak betul-betul panas. sebab kalau goreng minyak tak panas, cekodok tu jadi leper nnt. buruk. hee
3 Siap utk dimakan uollsss

SELAMAT MENCUBA!

Sorry takda gambar. aku memang tak bawa phone ke dapur kalau memasak. haha. next time aybe aku akan cuba bawak ke dapur hp aku tu. haha

Thanks for reading! :)