Tuesday, October 7, 2014

Accounting Week 2013/AcW'13

Sebenarnya AcW'13 ni dah lapuk dah. haha. dah nak masuk setahun pun program ni. Aku nak #throwback je. Tapi saje aku nak cerita kat sini apa benda pekdah kekdahnya AcW'13 ni. Actually, dia akan jadi moment yang aku takkan lupakan bila aku kena manage one of the big programme we olls untuk AccUKM sesi 2013/2014. Meh aku perkenalkan tenaga kerja aku dan sahabat-sahabat exco aku yg sangatlah AWESOME!

video
Enjoy this video!
 Majlis Tertinggi dan Exco Kelab Perakaunan UKM sesi 2013/2014.
(sekarang dah mantan pun.. haha )

Kengkorang kenal tak aku yang mana? hahaha.  Aku pegang jawatan Exco Jaringan Alumni dalam AcCUKM sesi 2013/2014. Sekarang aku dah jadi mantan exco pun. hahaha. Untuk program AcW'13 ni aku as Timbalan Pengarah . AcW'13 ni memang program tahunan untuk Kelab Perakaunan UKM (AcCUKM). Program ni selama seminggu. haa? Seminggu? lama baq ang! apa pengisian program ni sampai seminggu plak? Banyak persoalan mungkin yg berlegar kek pikiran ekau sumoo ni haa kan(osah dah keluar loghat nogoghi den ni haa).. Part ni la kena tunjukkan pemikiran gaya mahasiswa/i yang disarankan. Idea-idea yg bernas dan menunjukkan seorang mahasiswa/i yang mempunyai visi dan misi untuk mengilhamkan masa depan. haa. gitu kauu. UKM sangat gayanya. Teeee heeee~~

Persediaan utk AcW'13 ni uollss, ambil masa berbulan-bulan. meeting pun 50 juta kali aku rasa. haha. ni propa lebih pasal meeting tu. Tapi memang meeting kerap kalilah diadakan. Every week!! Tahu tak tahap kestressan masa tu macam mana p diaaa. Tapi bila lagi hangpa duk nak ghasa pengalaman yg tak boleh dapat kat mana-mana sekalipun. (dah duk loghat utagha plak aku ni. kecelaruan identiti sebab stress sngt mungkin. haha). Kawan-kawan yg susah senang duk nak jayakan program ni. Aku dgn Pengarah aku memang berusaha untuk menjayakan program ni. Pengarah aku nama dia Fahmy a.k.a Jobot. tang mana dapat nama Jobot aku pun tak tahu. haha

This was the closing of AcW'13 that was held at MMU, Cyberjaya. Sports Day. Luckily, MICPA sudi nak cooperate dengan kitorang untuk AcW'13 ni.

Boleh kata besaq jugalah program ni sebab masa ni la kitorang kena kumpul dana yg banyak for the same time untuk next program kitorg. Marketing tu jangan cakaplah. We olls kena buat all out! Macam mana nak buat program gempak gempita kalau tak ada dana kan? Dana ni kena cari atas usaha setiap ahli jawatankuasa aku. chop! Chop! Jangan la ingat aku mengarah je anak-anak buah aku plak. aku pun turun padang uolss. Ke hulu ke hilir aku merayau merata dengan anak-anak buah aku untuk cari dana. Part cari dana ni memang kena tebal muka sikit. Ehh.. Bukan sikit. Banyak jugak kena kasi tebal muka. Yela. hal-hal duit ni ang ingat senang ka oghang nak bagi and percaya kat kita. Dalam marketing kena ada give and take. Dia bagi kau dana, then apa sumbangan kita kat depa pulak. Part ni kena pasang strategi baik-baik. Itu nama give and take. Okay? Paham anak-anak murid ku? =)

Alhamdulillah. Program berjalan lancar. Walaupun ada la jugak sikit dua tiga masalah tu. But, semua bisa dibereskan dengan baik. Mana ada program yg takde wujud sebarang masalah last minute kan? Kalau ada program yg takda masalah last minute, ang pa habaq kat aku. Aku nak berguru dengan depa.

Bukan jawatan tu yg kita nak duk sanjung berebut, tapi ilmu dan pengalaman luar dari bidang akademik tu yg kita nak kaut. Because life is not just the knowledge but it is about your experience too. Banyak mana pengalaman yg kau boleh lalui tak kira pahit,manis,masam,masin, kelat, payau ke. Itu semua proses nak belajar. 

Banyak yg aku dapat sepanjang aku and kawan-kawan aku yg lain manage program ni. Terlampau banyak. Nampak mudah, tapi tak semudah ABC uollss. hehehe. Cabaran tu jgn digentarkan, tapi gentarkan bila pengalaman hidup kita zero. nothing!  =) 

Thanks for reading! =)





No comments:

Post a Comment