Wednesday, October 8, 2014

Birthday Suprise on Hari Raya.


Korang pernah dapat suprise? tak kesah suprise apa pun. suprise untuk propose ke, birthday ke. Tapi janji namanya suprise/kejutan yang orang-orang sekeliling kita ni buat untuk kita. Aku? sekali seumur hidup. I mean macam suprise birthday tu la. Suprise yg buat kita sampai nak pengsan,nangis,peluk-peluk orang ( ini untuk girls je taww). Yee. Aku baru merasai benda tu masa hari raya aidilfitri hari tu. When i was turning to 22 years old. 

17 Ogos 2014 hari tu aku ada la buat makan-makan hari raya sikit untuk kengkawan aku. Saja nak buat jamu diorang and diorang pun ada yg 1st time sampai rumah aku pun. hahaha. maaflah. rumah aku jauh nun pedalaman. hangpa kena tabah kalau nak datang rumah aku sebab jalan dia macam ular kena palu. hahaha. Siapa dah sampai, aku ucapkan tahniah uollsss. Umpamanya aku bagi pengikhtirafan kat siapa-siapa yg dah berjaya sampai. Nampak macam, wah! macam tu sekali ye dokk nak gambarkan jalan nak ke rumah aku tu. 

Maka, sampailah 2 bijik kereta masuk ke halaman rumah aku dan parkir kat parking rumah aku tu. Memula, Irfan cakap tak datang. Izyan pun dah bersekongkol rupanya nak kenakan aku. cisss mereka ni. Masa aku nak keluar pintu rumah nak jemput diorang masuk, dengan yakin aku berjalan bak model tak jadi, aku nampak kereta Preve Biru yg semacam aku kenal. Aura kereta tu dah buat aku terkejut. Macam spontan, aku patah balik masuk rumah ambik tudung apa yg ada. Baju biru tudung hijau! haha. Gasaklah mix and match aku tu tak berapa nak kena. sebab memula aku ingat perempuan je datang. cis!cis! rupanya ada sorang kumbang dalam kalangan perempuan2 tersebut. hahaha. Si Pilot Irfan ada jugak! sungguh itu kejutan pertama baru. walaupun sebenarnya bukanlah kejutan sangat si Irfan datang sebab dia bukanlah artis pun. hahaha =)

Masuk je rumah aku, kawan baik aku Izyan terus cakap dgn aku. "Maybe aku datang rumah kau nanti masa kau nak kahwin pulak". hahaha. kejam taw ayat engko! Yang sorang lagi si Irfan cakap, "Tak boleh la nak datang selalu, setahun sekali tu boleh lagi la". hahaha. Amboi uollsss. baru jalan bengkang bengkok sikit dah mengeluh gitu taw. kalau tetiap hari korang lalu jalan tu, aku boleh cakap korang memang seorang pemandu yg hebat. hahaha

Salam-salam peluk cium dengan diorang semua, maka terus ke meja santapan. terus makan and cotcet cotcet. then, aku habaq kat diorang aku tak sempat nak buat pizza. terus diorang cakap, buat sekaranglah. makanya, tetamu pun duk dapur buat pizza. hahaha. tengah2 buat pizza tu datang lagi sebuah kereta. si Pojie, Bilot and Epul datang. tapi dua orang Pojie and Bilot ni dah biasa datang rumah aku beraya. lantak p kat depalah. buat macam rumah sendiri jelah. haha. 
Ni mereka yg datang rumah aku. semua ni kawan Sekolah Teknik Tuanku Jaafar,Seremban.

Dah jangan pelik tetiba baju aku kaler hitam pulak. haha. aku tukar baju sebenarnya untuk sesi bergambo. Baju asal aku kan tadi kaler biru tudung hijau. tudung tula. hahaha. Beria aku p tukar baju, tinggalkan diorang kat tempat makan. aku dah siap, aku keluar pergi kat diorang semua. elok aku keluar, aku pandang kek atas meja. and i was like, 'eh,kek? bila pulak ada ni? siapa punya?'. tapi cakap dalam hati jela. tergamam jugak memula. lepas tu diorang nyanyi lagu happy birthday. ohhh okay. kek tu untuk aku. hahaha

"kau dah boleh agakkan sebenarnya? dah tak suprise la," satu suara berkumandang.
aku tak ingat siapa. hahaha. aku memang tak jangka pun sebenarnya. tapi diorang semua ingat aku dah boleh jangka. maybe muka aku yg macam org takde perasaan tu yg buat diorang ingat aku dah boleh expect. sebenarnya tak pun uollsss. Ni ahli-ahli jawatankuasa yg buat suprise birthday untuk aku:
Mastermind @ EncikMimpi aku. haha >  Encik MAR. Dia tak dapat datang sebab kerja.
 Pembantu Mastermind > Cik Izyan 
Pembantu Mastermind II > si pilot En.Irfan Azmi.
 Watak-watak penting :
1. Nadia sbg pemandu arah ke rumah aku. Kalau takde dia maybe diorang ni boleh patah balik tak jadi datang. haha
2. Nadhirah sbg pemandu waja yg sangat berhemah di jalanraya
3.Aqila & Aimi sbg pengikut setia Nadhirah dan Nadia
4.Munirah sbg penceria suasana. Jauh datang dr Kota Damansara. Aku is terharu sangat :')
5. Bilot, Pojie & Epul sbg watak-watak pembantu memeriahkan suasana dgn lawak budak diorang. Bilot buatkan anak buah aku sampai menangis. hahaha. kata anak buah aku, "Uncle tu suruh hani duduk situ". macam tulah dialog dia. hahaha
ni tak sampai 1/4 pun kawan-kawan aku. Lagi ramai,lagi meriah. tahun depan InsyaAllah aku buat lagi. Doakan rezeki aku murah uollsss =)

tu kek tu! aku tak ingat kek ape nama dia. kesian sampai cair nak datang rumah aku. hehe. 
Thanks for the present Irfan & Izyan. Tiap tahun dapat dr dua orang kembar ni. Kembar tarikh lahir je diorang ni. Mak ayah lain-lain. heeee ~~
Tu tu tu En.MAR.Thank You!  =)


Thanks for reading! =)

No comments:

Post a Comment