Friday, November 14, 2014

perempuan dan pandai masak!

Assalamualaikum gf and bf sekalian...
Saja nak cerabih kat diari online aku ni. nak kata SS? memang pun. so, its doesn't matter. benda betul. haha.
sebagai perempuan,bakal isteri,bakal ibu semestinya skill ekonomi rumahtangga(ERT) kena tahu. tak cekap takpe. asalkan tahu sikit-sikit. aku pun tak pandai masak. tak pro. tu bila tanya hait kaum laki tu gaya macam mana hangpa nak sebagai calon isteri hang? bila dia jawab, 'aku nak yg pandai masak', pandai itu pandai ini hang boleh kot reject awal-awal. haha. sebab bagi aku tak semestinya perempuan tu tak pandai masak tak boleh jadi calon bini aih. benda boleh belajar. so, aku rasa statement 'nak yg pandai masak' is not one of the ciri-ciri calon isteri.

memasak ni bagi aku siapa-siapa boleh pandai. lelaki ke perempuan ke. dedua kena pandai bab ni. betul tak? benda ni urusan hidup seharian kan. kau nak makan, kau masak. simple. lama-lama nnt jadi pandai jugak masak macam-macam.

perempuan dia akan rasa sendiri nak belajar memasak bila sampai umur yg depa rasa depa perlu belajar masak, depa dengan sendirinya akan willing nak masak. so, jangan risau anda yg kata tak pandai masak. semua orang dah diberi tahap kebolehan masing-masing.

aku pun masih belajar memasak. sometimes ada masa banyak tu, aku suka google resepi. aku rasa dah jadi hobi pulak kumpul resepi. tapi tak semua yang aku dah buat. sepanjang praktikal ni, every weekend aku akan balik rumah mak ayah aku. then, aku akan buat la apa-apa resepi. most of them banyak membaking la sebab aku suka dessert and bakery. hihi. selalu yg aku buat and favourite all time moist chocolate cake. even kawan-kawan aku minta resepi dari aku. hahaha. bangga leeteeww !

for this week aku nak buat homemade pretzel with caramel sos and churros! nantikan aku upload rupa pretzel and churros aku naa!

hidup seorang student!

Assalamualaikum.
Hai..
apa aku nak merapu SS hari ni?!
okay. taknak habaq banyak la.
aku student, ada tempoh period yg akan rasa mcm arghhhhhh. stresssnyaaa! assignment melambak-lambak. siapa suruh buat last minute! hahaha. yg ni padan muka diri sendiri. aku boleh habaq la most yg bergelar student mesti punyalah jenis yg buat assignment last minutes. 'most' means tak semua. ada yg jenis teratur dan berjadual hidup dia memang bukan jenis macam tulah.
jenis aku yg last minute tu. hahaha. dah namanya student. awal sem macam bersemangat gila.

"sem ni aku taknak buat kerja last minute"
''sem ni aku nak fokus dalam kelas''
''sem ni aku nak dean list''
''sem ni aku nak jadi seorang pelajar yg berdisiplin''
-ayat skema kan!-
''sem ni aku nak kahwin''
- ehh. yg ni gatai merenyam sangat! haha :p -
 
banyak lagi ayat student yg bermula dengan perkataan 'sem ni........' di awal semester. 
haha. salah seorangnya aku lah tewww..
tapi tak semestinya yg orang jenis ni dia buat kerja tangkap muat je. buat kerja asal siap je. aku bukan cenggitu. bila kau buat kerja last minute ni kan, kau kena tanggung sendiri kurang waktu tidur and enjoy. sebab kau kena siapkan jugak benda alah tu tak kira apa pun. jenis aku, aku bukan senang puas hati dengan kerja aku buat. 

sometimes, kalau aku yg kena compile kan setiap bahagian yg dah dibahagikan, aku akan check balik semua kerja ahli group aku. cerewet eh? oh. memang! sebab aku taknak kerja yg tangkap muat. its good for me and my groupmates too sebab sometimes kita sendiri tak perasan 'typo' yg kita buat. so bila orang lain check kan, mesti akan perasan. betul tak? 
 
aku tahu saat dan ketika ini student kat UKM semua tengah kabut dengan assignment and test. hehe. bahagianya aku kan. sebab semester ni aku takde exam, test and assignment sebab praktikal. hahaha. bangganya kau. sem depan bakal jd hectic sem untuk aku -.-" sebab last semester sebelum graduate. pray for me uolss. :)

Thursday, November 13, 2014

Perempuan dan Online Shopping!

Assalamualaikum.

Hai aku tanya apa khabar? weeeeeeeeeeeeee~~
okay. hangpa dok buat apa tu? aku bosan baq ang!
rasanya sepanjang berpraktikal ni, aku banyak post entry. haha. padahal bukan ada sapa dok nak baca pun. saje nak 'SS' sebab aku rasa bila cerita kat blog mcm release something. hahaha. 
kau gelak sesorang. merapu sesorang. bukan ada sapa nak baca pun. hewhewhew.

siapa hat yg suka online shopping tu? angkat kaki! aku rasa OS ni mcm satu virus yg wujud dalam diri. dia jenis yg pantang nampak something cantik, pastu harga mampu milik. memang kau nak beli. lagi - lagi, memang kau ada buat online banking. ish ish ish. memang bahaya gituu. dia cam laju je nak tekan 'add to cart', isi form, bla bla bla... tup-tup, dia tulih 'successful'! haa. dalam sekelip mata ja account bank dah minus (-) 100, baki RM9XX. contoh contoh la aku bagi. masa tu baru rasa macam sedikit penyesalan. hahahaha. orang kata menyesal tiada gunanya.
kann?????!

Aku boleh kata dikategorikan ada virus ni sebanyak 50 percent. hahaa. 
aku akan OS kalau aku betul-betul nak beli something tu especially baju. sekarang memang macam-macam jenis OS yg jual itu ini. tapi beware lah! takut kena tipu. alhamdulillah setakat ni aku masih selamat dalam hal-hal macam tu. 
baru-baru ni aku ada beli handbag secara online. for the 1st time aku beli handbag through online. sebabnya web OS tu dia buat sale gila-gila. siapa tak gila tengok harga gila macam tu. haha. 
ni punca aku takde kerja kat office and boring ya amat, tangan aku gatal p buka blog, and tengok Namee Roslan ada update. aku dengan yakin tekan la blog dia and baca. aku memang suka baca blog orang instead aku yg berblog. haha. kak namee dia cerita pasal web tu. aku pun dengan teruja tekan link yg kak namee letak. jeng!!
terkezzzuttt iols. buka-buka web tu,ada tulis RM11. 90% off. perasaan ingin tahu tu membuak-buak lagi. almaklumlah, remaja memang perasaan nak tahu tu, terlalu kuat. (remaja sangat). hihihi
tak semena-mena aku pun tekan lah 'woman clothing' > 'woman bags'. sebab aku memang nak mencari handbag. handbag aku dah rosak. :( so, its not kehendak la kan. one of keperluan jugak la kan? walaupun kehendak tu ada sesikit. sikit je. hahaha.
oh ya. ni link website tu http://www.nile.com.my/  .Mesti ramai dah tahu pasal website ni. aku je yg baru tahu. hahaha. noob gila rasa -.-"abaikan la ke 'noob' an aku. 
sempena 11 November 2014 diorang buat sale ada certain barang berharga RM11.00. and barang-barang lain diberi diskaun sebanyak 90%.  so, aku rasa rugi kalau tak beli. makanya aku beli jugak selepas buat timbang tara dari pelbagai sudut. 

aku telah berjaya dapat handbag yg aku beli dr nile.com.my hari ni. simple je untuk bawa p kelas pun boleh. muat file ka buku ka. murahh. RM13.90.
perempuan dengan handbag besar normal dah sekarang sebab boleh letak macam-macam. telekung ka, ipad,galaxy tab,iphone 6, botol susu anak, barang mekap ke. all in one. hahaha




Monday, November 3, 2014

Majlis Konvokesyen UKM ke 42

 
Assalamualaikum.
aku duduk opis ni tak dak kerja. maklumlah budak praktikal a.k.a budak suruhan. hehehe. takpa. lagi 8 minggu nak habis praktikal. 
btw, semalam aku pergi UKM nak tengok kawan-kawan aku konvo. Itu tak bermakna aku tak konvo sebab sangkut paper. haha. aku tak konvo dgn kawan-kawan aku sebab depa coarse 3 tahun. aku coarse 4 tahun. 
So, insyaAllah takda aral melintang tahun depan aku plak sarung jubah konvo. hihi. 
Pre convo untk Majlis Konvokesyen UKM ke 43. 
hewhew. awal pre convo aku!
excited yang amat lah aku tengok depa konvo. happy je muka memasing. and paling happy for surelah parents kan. aku tengok muka family depa, memang terpancar cahaya walaupun panas terik and berlengas-lengas sebab panaskan. tapi sebab nak sambut kejayaan anak-anak, mereka sanggup datang dari jauh. ada yang bertongkat, ada yg berwheel chair. 
masa aku duk tunggu kawan-kawan aku bawah pokok depan dewan, ada seorang graduan ni, meluru peluk mak dia. mak dia berdiri sebelah aku je. that girl meluru peluk mak dia sambil nangis. mak dia pun nangis. aku yg tengok ni, rasa nak nangis jugaklah. tapi aku cover and pandang tempat lain.
aku memang sensitif sikit bab-bab parents ni. *kesat ayaq mata*
Majlis Konvokesyen ni la paling dinantikan semua mahasiswa kan. kalau masa tu kau plak baru je jadi budak universiti, lepas tu ada majlis konvokesyen senior kau, perasaan dia ni. tak tahu nak habaq. mesti ada terbit rasa ' tasabarnyaa nak habis belajar, nak konvo'. aku setiap kali senior aku konvo, tangan ni seram sejuk tahan tazzzabar tu. haha *over benor*

                                   
muka budak-budak grad tahun depan. Hahaha

with Puan Rafidah dan Puan Farah Liyana(Young Officer) dan jejaka hangat. 


tahniah Cik Fatimah :) I love YOU!


4 org tu tak zabbaarrr nak grad. jumpa Dr. Fairuz sem depan ye. hehe.
Tahniah Izzah :D

Setelah aku merasai sendiri datang konvo kawan-kawan aku ni, boleh lah disimpulkan, penat ya robbi walaupun bukan aku yg konvo. haha. penat sebab tunggu dalam panas, ke hulu ke hilir cari kengkawan. lepas mereka-mereka keluar dewan, mesti handphone di telinga pastu duk panjang-panjangkan leher depa cari insan tersayang. And, lepas tu mereka akan sibuk penuhi permintaan orang nak bergambar. family, kengkawan, pakwe, makwe, admire etc...
Jadi, aku dah siap-siap plan masa aku nanti, gambar studio dengan family akan di ambil sehari sebelum mengikut keadaan. haha. sebab aku tahu hari kejadian, family aku mesti kelam kabut, penat, dengan anak buah aku lagi. kita mestilah prihatin juga dengan orang tua kita. depa mesti penat. 
Bakal Graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia
Happy Convo everyone! 
Thanks for reading! =)