Wednesday, April 30, 2014

Preparation for holiday - JAPAN !

First of all, dah lama tak jenguk diari online aku ni. semangat menaip nak share pengalaman aku ni. haha. actually, aku baru balik dari Jepun. aku pergi under kelab perakaunan dan aku sebagai exco jaringan alumni. kami semua pergi sana atas sebab program under Accounting Club UKM. memang mobility program ni kira macam aktiviti tahunan bg kelab akaun UKM. sambil2 berprogram tu mesti la bercuti jugak. alang2 dah pergi sejauh tu, of coarse kami semua ni akan berjalan2 kat sana. preparation ni banyak aku buat berpandu pada blog2 org lain yang dah pernah pergi sana. so, basic things la. paling penting, passport!
dan aku listed kan la barang yang aku bawa masa kat Jepun tu:
1. baju secukupnya - dinasihatkan tak bawa bnyk2 pun takpe. korang takkan rasa sweat pun sbb sana sejuk. masa aku pergi ni Spring season.
2. jaket/ sweater - more than 1 okay jugak sbb nanti tukar2 jaket je. so takdela pakai jaket sama kan. hehe
3. Kasut - dinasihatkan pakai la sport shoes wehh. korang akan bnyk guna kaki. kalau pakai heels or else tu buatkan korang rasa nak campak je kasut tu nnt.
 
4. toiletries - yg ni aku rasa tak bawa pun takpe. cuma bawa berus gigi,ubat gigi,pencuci muka. sebab masa kat Jepun tu hotel yg aku menginap they provide shower foam,shampoo and conditioner. shiseido lg uolsss. hah. korang tak percaya tengok  ni. original memg aku snap. haha (gigih). lebih dr cukup sabun ni kan. hotel sana bukan macam kat malaysia bagi sabun buku kecik comel tu:)
APA Hotel Higobashi, Osaka
5. For ladies, dinasihatkan bawa la shawl/pashmina/tudung ala madam rose tu sbb tak perlu iron pun. kalau bawal nak bawa pon its up to you. sbb memg kalau korang dah berjalan sakan, takde masa nak iron sebab balik hotel nak tidur je. telekung jgn lupa uolss. sebab kat sana korang takkan jumpa telekung wakaf melainkan korang jumpa student malaysia and borrow from them.

6.Ubat-ubatan - yg ni aku lupa nak masuk dlm beg. memula dah ingat nak bawak. elok je flight landing kat kansai airport tu terus aku rasa nak demam. dgn cuaca sejuk lagi kan. nasib baik ada kawan2 yg bawa ubat. atas dasar belas ihsan kwn2 la aku dpt ubat demam. 

7. Makanan segera/coklat/ biskut etc - salah satu sbb kena bawa kat Jepun susah nak cari HALAL food. sangat susah. melainkan korang pandai baca tulisan Jepun and cakap bahasa diorang so takde masalah la kan. Masa aku pergi Jepun ni, aku dibekalkan dengan makanan segera Brahim's tu. yg just masak guna air panas. hadap la makan Brahim's every night. 

8. Universal adapter - yg ni sngt lah penting uolss. sebab nnt korang tak dpt charge iphone,samsung,ipad,kamera korang tu. plug diorang lain. aku beli kat econsave je. rm14.90 :)

9. Botol kosong/wet tissue/tissue - yg ni sngt berguna bila korang pergi travel dekat negara yg tak de air dlm toilet. Botol kosong tu tersangat amatlah membantu. sebab kita ni memang dr lahir kalau berhadas kecil or besar akan bersuci dengan air. so wajib ada air. cara nak guna? hah. tu pun nak tanya. isi air dlm botol kat sinki luar tu dulu. lepas tu bawa masuk toilet. lepas tu lu pikirlah sendiri bro!

10. Beg tambahan - yg ni optional je. sbb kot la korang bnyk borong, lepas tu tak muat beg. takkan nak bazir duit nak beli kat sana kan. so bawa la beg yg boleh lelipat tu. in my opinion, Jepun is not suitable kalau korang nak shopping sakan. better balik Malaysia korang shopping.

11. Duit Yen - yg ni semestinya korang kena bawa. dan memg aku dah noted yg Jepun ni barang2 dia mahal. paling murah pun kedai Daiso kat sana 100 yen= rm3.24( ikut currency masa aku pergi ni lah). tapi Daiso pun hadoo kat Malaysia. haha. masa aku pergi ni aku tukar dalam 50000 Yen. tapi 20000 - 40000 yen dah cukup dah sebenarnya :)

12. Perlu ke aktifkan simkad untuk luar negara? bagi aku tak perlu kalau korang pergi sana by agent. sbb korang tak perlu nak search sendiri tempat korang nak pergi tu. semua dah di atur. dari tempat tinggal, transport,makan, everything dah diaturkan. so kalau takde line telefon pun tak jadi masalah. balik hotel guna wifi untuk contact insan tersayang. hihi

Next, aku akan share pengalaman seminggu kat sana. insyaAllah ^_^

Trip to Japan will be continued................................................

Monday, February 10, 2014

Holiday in Terengganu!

habis kat Kelantan, family aku gerak Terengganu. sesaja jalan org kabo. jalan2 Pantai Timur. hehe. kitorg duduk homestay kat Marang. so hari Sabtu just duduk homestay sebab penat. so esok tu baru jenjalan. tapi ayah aku tak ikut sbb kena hantar adik aku balik asrama. so just kitorg adik beradik je pegi. 2 tempat je yg mampu kitorg pergi. Taman Tamadun Islam and pasar payang je. kat TTI ni tunjuk bangunan2 Islam kat seluruh dunia. tapi sbb mood tak berapa nak up, dgn panas lagi, kitorg tak tengok secara menyeluruh. panas habaq hang.  sebelum pergi tengok monumen2 dalan TTI tu, kitorg naik river cruise. nak masuk tu kena bayar RM 33 seorang dewasa. harga ni untuk River cruise and masuk TTI tu. kalau tak silap aku la. hehe. untyuk kanakk-kanak 6 tahun ke bawah, free je masuk.
Masa untuk naik River cruise ni 45 minit. orang tu akan bawak jalan2 kat sungai terengganu tu. lalu pulau2 yg berdekatan kat situ. ada jugak orang tu cerita pasal sejarah pulau2 tu. 

River cruise and TTI :)
 habis kat TTI ni, pergi pasar payang. takde ape pun sngt nak beli. tp aku sebagai adik yg bongsu masa tu, just follow abg2 and kakak2 aku. masa kat pasar payang tu, kitorg lapaq sngt. dah waktu lunch pun. so abg2 aku decide makan dalam pasar payang je. kami ni tak tahu apa kan. datang main serbu je. so makan kat satu kedai dalam pasar payang ni. aku and adik beradik aku sesedap la amik lauk itu ini kan. sekali masa bayar. astagfirullahal'azim. mahai habaq ang. melampau gila pakcik tu. aku ambil lauk sotong satu,ikan kembung goreng and telur masin beserta air kosong. kakak aku amek sotong dua and ikan kembung goreng beserta air sirap. aku and akak aku kena RM24 !! melampau tak melampau pakcik ni. dia ingat kami ni foreigner ke ape nak cas macam tu sekali. abg aku pun makan sepinggan kena RM14. kalau kat bangi tu harga mcm tu boleh makan 3 hari punya. pengajaran utk kami satu keluarga la. org cakap, kalau nak murah kena cakap loghat diorang. ape ke kenegerian sangat. sesama ISlam dan sesama bangsa sendiri dilayan sebegitu. not fair. takpela. untuk pakcik tersebut, pakcik jawab dekat akhirat okay!
macam rushing sikit holiday kali ni. tapi takpe. quality time with family tu yg best. susah nak kumpul semua ada and bercuti macam ni. lepas ni bercuti kat luar Malaysia plak eh eh eh ayah :) hehe