Thursday, October 23, 2014

Resepi Cekodok Mak Rosmah!

Hari ni aku nak share pasal satu resepi ni seperti tajuk di atas. hehe. Resepi Cekodok? alamak kau ni. setakat cekodok je pun. semua orang pandai buat. okay okay~~ aku tahu semua orang pandai buat cekodok ni. senang ya amat ye dok. chop! chop! try dulu resepi ni, pasti kau tak berhenti makan. haha
Resepi Cekodok Mak Rosmah tu bukanlah resepi isteri pak Najib ye. nama mak aku Rosmah. isteri kepada Pak Hamid. hehehe
Apa yg istimewanya cekodok mak Rosmah ni?
haa. kalau dah sejuk pun tetap rasa rangup. dan sedap. tak semua benda dah sejuk rasa dia sedapkan? tapi yg cekodok mak rosmah ni memang sodapp tekauu!

Suatu petang tu aku macam kecuq ayaq liuq terbayangkan kesedapan cekodok yg mak aku selalu buat. aku terus meluahkan rasa dan perasaan aku ni kepada mak aku. 

'mak, kakteh nak buat cekodok la. macam mana nak buat cekodok yg mak selalu buat tu?'

macam tula dialog aku. so, meh aku share resepi dia. senang sangat. rasanya mungkin ada yang dah tahu. haha.

Resepi cekodok mak Rosmah:
2 cawan tepung
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji kentang (sagat sajo. mudah) > atau boleh jugak guna carrot. optional
sedikit serbuk kunyit.
sedikit garam 
secubit soda bikarbonat
2 setengah cawan air


Cara-cara :
1. Masuk semua bahan2 di atas dalam satu bekas. kacau sehingga rata. Jangan terlalu cair dan terlalu pekat. Agak2 jela. kalau macam pekat dan likat, tambahlah air sikit-sikit sampai jadi cair sikit je.
2. Dah boleh goreng. pastikan minyak betul-betul panas. sebab kalau goreng minyak tak panas, cekodok tu jadi leper nnt. buruk. hee
3 Siap utk dimakan uollsss

SELAMAT MENCUBA!

Sorry takda gambar. aku memang tak bawa phone ke dapur kalau memasak. haha. next time aybe aku akan cuba bawak ke dapur hp aku tu. haha

Thanks for reading! :)

Wednesday, October 15, 2014

JAPAN Part I

Siapa suka travel? aku boleh jamin semua orang suka travel kan. tak kisah luar or dalam negara.
hari tu aku ada buat entry pasal preparation nak ke Japan. Baca SINI untuk tengok entry tu. Kali ni aku nak story lepas aku landing kat Bumi Jepang.
Flight aku dari LCCT pukul 12 malam. Kitorang guna Air Asia X. Pasal hal ehwal tiket aku tak tahu sngt berapa harga dia sebab aku pergi under program kan. So, setiap org dah diberi tugas masing2. Oh. Btw kitorg pergi under agen yg dilantik. So, lagi senang la perjalanannya. Cuma mahal sikit sebab bukan pergi sendiri. Ni semua aktiviti dah diaturkan. Just pergi sana and ikut je apa diorang aturkan. Perjalanan ambil masa 6 jam. Btw, sebelum kitorg pergi Japan ni which is bulan April, tragedi MH370 baru je jadi. 8 Mac 2014. So, masa ni boleh kata la jantung aku dupdap jugak nak naik kapal terbang. Tapi, yg aku bersyukur parents aku restu je aku pergi Jepun tu sebab parents aku cakap benda nak jadi, bila2 boleh jadi. Baca doa. aku ingat lg, sebelum aku naik flight, ayah aku sempat whatsapp doa- doa semua. Alhamdulillah, kitorang selamat pergi and balik. 
Berbalik pada tajuk asal. Kitorang sampai  memang on time. Alhamdulillah syukur. Thanks pilot and crew! Kitorang landing dekat Kansai Airport. 

Rombongan Cik Kiah dari Malaysia =)

Ni la muka aku baru bangun tidur, apa kesah. semua sama tak mandi. hahaha.

Dari Kansai Airport, dah ada agen dr Jepun tunggu. siap bawa banner tulis 'UKM'. hahaha. rasa macam diberi perhatian sngt sbb orang sambut macam tu. Dah keluar airport tu, dah ada bas yg dah disewa khas utk kitorang. Naik bas. Mesti korang expect kitorang terus pergi hotel kan? jawapannya TIDAK uolss. Kitorang terus pergi Setsunan University. haha. 
Ya! We olss tak mandi pun. Pakai baju yg sama macam sebelum naik flight tu. kahkahkah. nasib baik cuaca sana tak panas. so, tak berpeluh. Sampai kat Setsudai ( Setsudai tu Setsunan University la. Setsu= Setsunan, Dai=University). Ni yg lecturer kat Setsudai bagi tahu la. Diorang panggil Setsudai=)
1st program kitorang dgn student kat Setsudai ni. Ada beberapa org student Setsudai ni ada pergi exchange student kat UKM and diorang fasih cakap bahasa melayu + Indonesia. tergamam tau 1st time dengar diorang cakap tu. rasa macam, wow!! org Jepun boleh belajar bahasa kita dgn baik. Salute!
Setsunan University (Setsudai), Osaka

Haa. And ni experience aku paling kelakar aku rasa. 1st and last maybe. Aku buat persembahan kat Setsudai ni. persembahan ape?? haha. SILAT oii. tak pernah hayat aku taw bersilat. tiba2 kat Jepun pergi bersilat. hahaha.
haaa. tak caya? tengok ni. hehe
Serius nau muka deknon tu. hahaha

 
ni student Setsudai. Dia yg nak ambil gambar dgn kami. hahaha *propa

Aktiviti kat Setsudai ni more pada santai2. Perkenalkan Malaysia, sesi share ilmu, masa ni la nak tanya macam2 kat diorang, jalan2 dalam kawasan Setsudai ni. And satu boleh cakap, diorang kebanyakan guna basikal. tak macam kat Malaysia, student pakai motor and kereta. 
Lepas habis kat Setsudai, kitorang pergi hotel? ehh tak tak. Kitorang pergi shopping dekat Shinsaibashi Station. kat situ macam street mall la. banyak kedai and kedai dia memanjang and panjang uolss. Tapi aku memang tak beli ape pun sbb dalam fikiran aku, "awal lagi nak beli barang. Baru 1st day. Mana tahu tempat lain lg best and murah." tak larat aku nak habiskan penjelajahan dekat Shinsaibashi Station ni sebab lepas turun flight terus berprogram. Mampu? Haha. Makanya kami pun........
Semua duk cari wifi. Konon nak wasap insan tersayang kat Malaysia. Lepastu nak check in tempat. Hahahaha. Semua jadi anti sosial senyap sunyi bila dapat online. 
Terima kasih "wifi Shinsaibashi Station"!! 
Continue with JAPAN PART II =)
Thanks for reading =)

Wednesday, October 8, 2014

Birthday Suprise on Hari Raya.


Korang pernah dapat suprise? tak kesah suprise apa pun. suprise untuk propose ke, birthday ke. Tapi janji namanya suprise/kejutan yang orang-orang sekeliling kita ni buat untuk kita. Aku? sekali seumur hidup. I mean macam suprise birthday tu la. Suprise yg buat kita sampai nak pengsan,nangis,peluk-peluk orang ( ini untuk girls je taww). Yee. Aku baru merasai benda tu masa hari raya aidilfitri hari tu. When i was turning to 22 years old. 

17 Ogos 2014 hari tu aku ada la buat makan-makan hari raya sikit untuk kengkawan aku. Saja nak buat jamu diorang and diorang pun ada yg 1st time sampai rumah aku pun. hahaha. maaflah. rumah aku jauh nun pedalaman. hangpa kena tabah kalau nak datang rumah aku sebab jalan dia macam ular kena palu. hahaha. Siapa dah sampai, aku ucapkan tahniah uollsss. Umpamanya aku bagi pengikhtirafan kat siapa-siapa yg dah berjaya sampai. Nampak macam, wah! macam tu sekali ye dokk nak gambarkan jalan nak ke rumah aku tu. 

Maka, sampailah 2 bijik kereta masuk ke halaman rumah aku dan parkir kat parking rumah aku tu. Memula, Irfan cakap tak datang. Izyan pun dah bersekongkol rupanya nak kenakan aku. cisss mereka ni. Masa aku nak keluar pintu rumah nak jemput diorang masuk, dengan yakin aku berjalan bak model tak jadi, aku nampak kereta Preve Biru yg semacam aku kenal. Aura kereta tu dah buat aku terkejut. Macam spontan, aku patah balik masuk rumah ambik tudung apa yg ada. Baju biru tudung hijau! haha. Gasaklah mix and match aku tu tak berapa nak kena. sebab memula aku ingat perempuan je datang. cis!cis! rupanya ada sorang kumbang dalam kalangan perempuan2 tersebut. hahaha. Si Pilot Irfan ada jugak! sungguh itu kejutan pertama baru. walaupun sebenarnya bukanlah kejutan sangat si Irfan datang sebab dia bukanlah artis pun. hahaha =)

Masuk je rumah aku, kawan baik aku Izyan terus cakap dgn aku. "Maybe aku datang rumah kau nanti masa kau nak kahwin pulak". hahaha. kejam taw ayat engko! Yang sorang lagi si Irfan cakap, "Tak boleh la nak datang selalu, setahun sekali tu boleh lagi la". hahaha. Amboi uollsss. baru jalan bengkang bengkok sikit dah mengeluh gitu taw. kalau tetiap hari korang lalu jalan tu, aku boleh cakap korang memang seorang pemandu yg hebat. hahaha

Salam-salam peluk cium dengan diorang semua, maka terus ke meja santapan. terus makan and cotcet cotcet. then, aku habaq kat diorang aku tak sempat nak buat pizza. terus diorang cakap, buat sekaranglah. makanya, tetamu pun duk dapur buat pizza. hahaha. tengah2 buat pizza tu datang lagi sebuah kereta. si Pojie, Bilot and Epul datang. tapi dua orang Pojie and Bilot ni dah biasa datang rumah aku beraya. lantak p kat depalah. buat macam rumah sendiri jelah. haha. 
Ni mereka yg datang rumah aku. semua ni kawan Sekolah Teknik Tuanku Jaafar,Seremban.

Dah jangan pelik tetiba baju aku kaler hitam pulak. haha. aku tukar baju sebenarnya untuk sesi bergambo. Baju asal aku kan tadi kaler biru tudung hijau. tudung tula. hahaha. Beria aku p tukar baju, tinggalkan diorang kat tempat makan. aku dah siap, aku keluar pergi kat diorang semua. elok aku keluar, aku pandang kek atas meja. and i was like, 'eh,kek? bila pulak ada ni? siapa punya?'. tapi cakap dalam hati jela. tergamam jugak memula. lepas tu diorang nyanyi lagu happy birthday. ohhh okay. kek tu untuk aku. hahaha

"kau dah boleh agakkan sebenarnya? dah tak suprise la," satu suara berkumandang.
aku tak ingat siapa. hahaha. aku memang tak jangka pun sebenarnya. tapi diorang semua ingat aku dah boleh jangka. maybe muka aku yg macam org takde perasaan tu yg buat diorang ingat aku dah boleh expect. sebenarnya tak pun uollsss. Ni ahli-ahli jawatankuasa yg buat suprise birthday untuk aku:
Mastermind @ EncikMimpi aku. haha >  Encik MAR. Dia tak dapat datang sebab kerja.
 Pembantu Mastermind > Cik Izyan 
Pembantu Mastermind II > si pilot En.Irfan Azmi.
 Watak-watak penting :
1. Nadia sbg pemandu arah ke rumah aku. Kalau takde dia maybe diorang ni boleh patah balik tak jadi datang. haha
2. Nadhirah sbg pemandu waja yg sangat berhemah di jalanraya
3.Aqila & Aimi sbg pengikut setia Nadhirah dan Nadia
4.Munirah sbg penceria suasana. Jauh datang dr Kota Damansara. Aku is terharu sangat :')
5. Bilot, Pojie & Epul sbg watak-watak pembantu memeriahkan suasana dgn lawak budak diorang. Bilot buatkan anak buah aku sampai menangis. hahaha. kata anak buah aku, "Uncle tu suruh hani duduk situ". macam tulah dialog dia. hahaha
ni tak sampai 1/4 pun kawan-kawan aku. Lagi ramai,lagi meriah. tahun depan InsyaAllah aku buat lagi. Doakan rezeki aku murah uollsss =)

tu kek tu! aku tak ingat kek ape nama dia. kesian sampai cair nak datang rumah aku. hehe. 
Thanks for the present Irfan & Izyan. Tiap tahun dapat dr dua orang kembar ni. Kembar tarikh lahir je diorang ni. Mak ayah lain-lain. heeee ~~
Tu tu tu En.MAR.Thank You!  =)


Thanks for reading! =)

Don't Lose Hope



Credit : BookofQuote
https://www.facebook.com/BookOfQuotes

Tuesday, October 7, 2014

Accounting Week 2013/AcW'13

Sebenarnya AcW'13 ni dah lapuk dah. haha. dah nak masuk setahun pun program ni. Aku nak #throwback je. Tapi saje aku nak cerita kat sini apa benda pekdah kekdahnya AcW'13 ni. Actually, dia akan jadi moment yang aku takkan lupakan bila aku kena manage one of the big programme we olls untuk AccUKM sesi 2013/2014. Meh aku perkenalkan tenaga kerja aku dan sahabat-sahabat exco aku yg sangatlah AWESOME!

Enjoy this video!
 Majlis Tertinggi dan Exco Kelab Perakaunan UKM sesi 2013/2014.
(sekarang dah mantan pun.. haha )

Kengkorang kenal tak aku yang mana? hahaha.  Aku pegang jawatan Exco Jaringan Alumni dalam AcCUKM sesi 2013/2014. Sekarang aku dah jadi mantan exco pun. hahaha. Untuk program AcW'13 ni aku as Timbalan Pengarah . AcW'13 ni memang program tahunan untuk Kelab Perakaunan UKM (AcCUKM). Program ni selama seminggu. haa? Seminggu? lama baq ang! apa pengisian program ni sampai seminggu plak? Banyak persoalan mungkin yg berlegar kek pikiran ekau sumoo ni haa kan(osah dah keluar loghat nogoghi den ni haa).. Part ni la kena tunjukkan pemikiran gaya mahasiswa/i yang disarankan. Idea-idea yg bernas dan menunjukkan seorang mahasiswa/i yang mempunyai visi dan misi untuk mengilhamkan masa depan. haa. gitu kauu. UKM sangat gayanya. Teeee heeee~~

Persediaan utk AcW'13 ni uollss, ambil masa berbulan-bulan. meeting pun 50 juta kali aku rasa. haha. ni propa lebih pasal meeting tu. Tapi memang meeting kerap kalilah diadakan. Every week!! Tahu tak tahap kestressan masa tu macam mana p diaaa. Tapi bila lagi hangpa duk nak ghasa pengalaman yg tak boleh dapat kat mana-mana sekalipun. (dah duk loghat utagha plak aku ni. kecelaruan identiti sebab stress sngt mungkin. haha). Kawan-kawan yg susah senang duk nak jayakan program ni. Aku dgn Pengarah aku memang berusaha untuk menjayakan program ni. Pengarah aku nama dia Fahmy a.k.a Jobot. tang mana dapat nama Jobot aku pun tak tahu. haha

This was the closing of AcW'13 that was held at MMU, Cyberjaya. Sports Day. Luckily, MICPA sudi nak cooperate dengan kitorang untuk AcW'13 ni.

Boleh kata besaq jugalah program ni sebab masa ni la kitorang kena kumpul dana yg banyak for the same time untuk next program kitorg. Marketing tu jangan cakaplah. We olls kena buat all out! Macam mana nak buat program gempak gempita kalau tak ada dana kan? Dana ni kena cari atas usaha setiap ahli jawatankuasa aku. chop! Chop! Jangan la ingat aku mengarah je anak-anak buah aku plak. aku pun turun padang uolss. Ke hulu ke hilir aku merayau merata dengan anak-anak buah aku untuk cari dana. Part cari dana ni memang kena tebal muka sikit. Ehh.. Bukan sikit. Banyak jugak kena kasi tebal muka. Yela. hal-hal duit ni ang ingat senang ka oghang nak bagi and percaya kat kita. Dalam marketing kena ada give and take. Dia bagi kau dana, then apa sumbangan kita kat depa pulak. Part ni kena pasang strategi baik-baik. Itu nama give and take. Okay? Paham anak-anak murid ku? =)

Alhamdulillah. Program berjalan lancar. Walaupun ada la jugak sikit dua tiga masalah tu. But, semua bisa dibereskan dengan baik. Mana ada program yg takde wujud sebarang masalah last minute kan? Kalau ada program yg takda masalah last minute, ang pa habaq kat aku. Aku nak berguru dengan depa.

Bukan jawatan tu yg kita nak duk sanjung berebut, tapi ilmu dan pengalaman luar dari bidang akademik tu yg kita nak kaut. Because life is not just the knowledge but it is about your experience too. Banyak mana pengalaman yg kau boleh lalui tak kira pahit,manis,masam,masin, kelat, payau ke. Itu semua proses nak belajar. 

Banyak yg aku dapat sepanjang aku and kawan-kawan aku yg lain manage program ni. Terlampau banyak. Nampak mudah, tapi tak semudah ABC uollss. hehehe. Cabaran tu jgn digentarkan, tapi gentarkan bila pengalaman hidup kita zero. nothing!  =) 

Thanks for reading! =)





Nama samaran

Korang ada tak nama samaran yg tetiba terkeluar dari mulut kengkawan korang. Benda tu spontan je keluar bila dia panggil kita and kau pun pandang dia umpama kau mengiakan panggilan tu. Macam aku sendiri dah banyak nama yg kawan-kawan aku bagi. Haha. Typical Malaysian la kan pasal nama samaran ni. Ada je nama yg akan melekat kat kita sampai ke besar. Maybe boleh sampai ke tua sebab orang dah kenal kita dengan nama samaran. Macam kawan-kawan aku sendiri ramai ada nama samaran contohnya Luncai, Bilot, Balot, Beck, Grunge, Bear and ramai lagilah. tapi mostly lelaki la yang nama samaran diorang ni memacam. Aku tak tahulah macam mana nama-nama ni boleh terkeluar idea kat diorang. hahaha. sampai kadang-kadang aku tanya kat kawan aku ni, kenapa diorg panggil 'Luncai' padahal nama dia sedap, Afiq. haha. Aku ada beberapa nama yang kawan-kawan aku bagi mengikut zaman. hahahaha

1. Maz
Kalau nama 'Maz' ni sebab nama sebenar aku Mazni. So diorang pendekkan jadi Maz. Nama ni zaman aku sekolah menengah rendah. Nama ni still dipanggil sampai sekarang mengikut kawan-kawan aku yang tertentu.

2. BamBam
BamBam ni diilhamkan oleh kawan aku nama dia Amieza. haha. ni zaman aku menengah atas kat sekolah teknik. sebab pipi aku ni la menyebabkan wujud nama BamBam tu. Pon boleh ke sebab pipi je kawan aku dapat ilham nama tu. Sampai sekarang dia duk panggil aku dgn nama tu. Dia jela yg panggil nama tu. Tee heeeee~~

3. Dora
Nama Dora ni aku rasa nak gelak betul.  haha. Nama ni pun wujud masa sekolah teknik. Diilhamkan oleh Cik Ain Rais prefect sekolah. hahaha. Sebab nama ni wujud dia kata pipi aku macam kuih Dorayaki doraemon tu. kau rasa kelakar tak? kelakarkan? korang cakap ye! jgn buat aku malu sensorang. haha. 

4. Ninie
Nama ni zaman aku matrik. Ni kawan baik aku yg bagi, Cik Tqanadia. haha. Aku tak tahu macam mana dia dapat idea ni. Tapi aku rasa dia dapat idea dari huruf belakang nama aku. Mazni. So jadilah Ninie. Macam-macam nama aku dapat. Nama ni masih dipanggil oleh kawan-kawan matrik aku. 

5. Majni
Nama ni tukar huruf je. Z jadi J. haha. Tapi nama ni masa aku sekolah rendah ada sorang cikgu ni panggil aku Majni. hahaha. Then, zaman U si Irwan yg duk panggil aku dgn nama tu so yg lain pun terikut panggil aku dgn nama tu. haha. Yela kan. Kawan-kawan ni beri pengaruh besar. So, betullah org cakap jgn salah pilih kawan, kelak merana diri. haha. ehh. tapi kes aku ni takdelah bagi pengaruh negatif. 

6. Maznon
Haa. ni nama si nadhirah, Wanie and Aniyah yg ilhamkan. Biasalah dia nak tukar huruf vowel kan. Jadilah 'Non' belakang nama aku tu. Asal boleh diorang ni. hahaha

Nama-nama di atas still wujud dan dipanggil oleh orang-orang tertentu je. haha. Tapi kalau aku pergi kem or program tertentu, masa sesi taa'ruf or sesi perkenalan diri. aku akan perkenalkan diri aku, 

"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Normazni Binti Ab Hamid. Boleh panggil saya Maz" 

Haaa. gitu taw dialog dia. hahaha. Sebab aku rasa nama Maz tu lebih afdal dalam keadaan yg formal.
And, aku takde kesah apa pun diorang nak panggil aku nama apa sekalipun tapi jangan plak nama yg tak elok kan. sebab aku bukan pengesah sngt. pengesah pun boleh. hahaha

Kadang-kadang, nama samaran tu sangat membantu untuk kita ingat muka orang tu. Bila zaman dah berubah, zaman maisng-masing ada haluan sendiri. Bila ada orang nak sampaikan 'news' berkaitan hidup si polan ni, dia akan sebut nama penuh dan kau macam 'haaa? siapa eh? aku tak ingatlah. dulu orang panggil dia apa? Aku tak tahu nama betul dia." Then kawan kita tu akan cakap, 'ala dulu orang panggil dia BamBam tu.' and kau like, 'Ohhhhhhhhhh. Dia tuuu. BamBam. Aku ingat. Aku ingat.'

Haa. Uollss nampak tak nama samaran tu beri peranan penting untuk orang ingat kita. heeee~~

Thanks for reading! =)



Friday, October 3, 2014

Tempat nak pergi lepas habis praktikal!

Tak sabaunya aku nak habiskan praktikal ni. 6 bulan uolls aku punya praktikal. dan sekarang baru 3 bulan berlalu. lagi 3 bulan iols nak hadapi rintangan dan cobaan ini. Ayuh ceknie. terus kuat! haha. tiupan semangat untuk diri sendiri. (Jgn adik2 nampak mcm azabnya la praktikal ni. Engkorang laluilah dulu.) 
Nampak tak macam aku memg sangat memerlukan vacation. Memang sangat2lah perlu lepas habis praktikal ni untuk freshkan minda aku sebelum berjuang sebagai pelajar final semester uollss. Aku dengan kengkawan baik aku dah plan nak pergi PULAU PERHENTIAN uollsss. sebab apa? sebab aku rasa tempat tu awesome bila aku tengok gambar2 dekat google. hahaha. Lepas tu aku baca review dari blogger FL, blogger Jumiesamsudin pasal Pulau Perhentian ni. Baca experience diorang pun dah buat ayaq liuq aku meleleh. Cantiknya laut. biru macam Maldives.  
Atas perbincangan melalui application Whatsapp, kengkawan aku kata nak pergi awal semester depan. Sebab awal semester, projek tak banyak lagi. Kalau pergi masa midsem break, dah nak mid exam pulak. Takkan nak pergi vacation dengan kepala duk pikior pasai paper kan? ahaha. tak best. tak best. 
Tengok ni. Cantikkan? Credit to kak Jumie Samsudin. Gambar ni dari blog kak Jumie =) Boleh la jenguk blog kak jumie sebab banyak info.


Aku mana nak tahan tengok kecantikan alam semulajadi ciptaan Allah ni. Sungguh mengasyikkan. tengok gambar pun dah buat hati jadi tenang. Ya Allah. murahkan rezeki aku supaya aku boleh meneroka alam ciptaan Mu ini yg sangat indah =) AMIN.

Thanks for reading! =)

Tak Kelakar tapi ketawa?


Sekarang aku sedang berpraktikal. Ada berbaki 3 bulan lagi nak habiskan praktikal aku ni. Betullah orang kata, bila kau belajar, rasa nak kerja. Dah kerja, kau tak menyabau nak masuk belajar balik. Oh. ini sungguh poyo ye non. kengkonon nak cakap aku tak menyabau nak masuk belajar balik la. Tolonglah setuju dengan aku. hahaha. After 3 months ni, kau dah rasa bosan teramatlah. Sometimes macam kau rasa salah ambil bidang. (lempang diri sendiri). haha. tak tak. memang TERkadang aku ada TERdetik cenggitu, tetapi aku TERcepatkan untuk perbetulkan kembali rasa TERdetik tu. 

Aku cuba husnozun. Kadang-kadang aku tak berapa nak faham kenapa Mr. Bos aku ni ketawa but tak kelakar actually. Aku hanya mampu senyum sumbing utk ambil hati and tak tunjuk muka awkward aku. haha. Kejam plak aku rasa. Tapi tapi apa reaksi yg patut aku bagi? Senyum tu dah kira baik sangatlah kan kan kan? =)

Thanks for reading! =)